Bawah lidah Raja Urhan digunting sedikit sebab tongue-tie - Uyaina

Iklan
12

Breastfeeding atau menyusukan anak dengan susu ibu adalah impian kebanyakan daripada wanita termasuk pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.

Selamat melahirkan cahaya mata sulung, Raja Urhan pada 8 September 2022, pengacara Wanita Hari Ini itu berkongsi pengalaman sebagai ibu termasuk berkaitan penyusuan susu ibu.

Iklan
Iklan

Uyaina dalam hantaran di Instagram tentang pengalaman pahit yang dilalui. Suri hati pelakon Raja Shahiran itu menzahirkan rasa sedih kerana hanya sempat memberikan susu ibu kepada permata hatinya dalam masa singkat kerana kekangan tongue-tie atau lidah pendek yang menyukarkan proses pelekapan.

Baca juga: Uyaina, Raja Syahiran bakal timang anak lelaki

Iklan

"Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari dua minggu sahaja.

Iklan

"It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas dua, tiga kali dia latch, lepas itu dia akan terpaksa release. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.

"Masih sama. Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya tongue-tie itu tidak fully released. Doktor kata perlu dibius penuh (fully anaesthetic) dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue.

"Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab dia masih kecil,” jelas juara Puteri Muslimah Asia 2018 itu.

Bagi menampung keperluan tumbesaran, Uyaina memberikan bayinya susu formula dan susu badan yang diperah hingga satu masa terpaksa mengambil ubat. Namun penghasilan susu ibu semakin menurun kemungkinan disebabkan kurang rangsangan daripada bayi.

Baca juga: ‘Raja Urhan…’ – Uyaina kongsi maksud nama anak

"So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilah walaupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur,” tutur Uyaina.

Selepas melalui pelbagai cabaran menyusukan anak pemenang Pencarian Nona Manis 2015 itu tidak menafikan isu breastfeeding menyentuh hatinya.

"Actually, isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.

"Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan tapi tak memenuhi keperluan anak. Lepas itu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya. Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough ♥️,” titip Uyaina.

Baca juga: Serangan jantung punca abang Uyaina meninggal dunia, pesan golongan muda buat pemeriksaan

Warga maya rata-rata bersetuju dengan perkongsian Uyaina berkaitan tongue-tie dan cabarannya dalam penyusuan susu ibu. Malah ada yang menceritakan pengalaman yang sama dilalui dan memberikan kata-kata semangat.

-"Breastfeeding or not, dua-dua keadan saya suda alami dan mereka pun tetap dihati. Seorang sampai tiga tahun seorang lagi lima bulan sahaja. Dua-dua pun attach dengan mama sampai sekarang. Benda paling penting sebenarnya emosi. Tak ada istilah anak tak menyusu tidak sayang ibu dan tak rapat dengan ibu. Macam-macam saya dengar tetapi bagi saya asalkan kita gembira dan anak-anak gembira, itu sudah ok.”

-"Totally agree. Tambahan pula ia adalah perkara peribadi. Apa yang penting ialah membesarkan anak anda dengan penuh kasih sayang. Ibu pun tak susu badan anak ibu. Alhamdulillah anak ibu sihat. Jangan risau dunia menilai anda.”

-"Samalah isu ni dengan beranak normal dan caesarean. Dalam dua keadaan itu kita masih emak yang melahirkan dan membesarkan anak. Berjaga malam bagi anak susu. Kita lahirkan, kita jaga, kite beri susu. We are great.”

Baca juga: "Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” – Abang Uyaina meninggal dunia

-"Just nak kongsi pengalaman saya. Bayi tidak melekap (latch) betul sampai puting luka dan bernanah. Sakit hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya cuba juga menyusu sambil pam. Bila sakit saya beri susu dalam botol. Dalam seminggu akhirnya dia tak mahu susu ibu dan tidak pandai melekap. Last saya konsisten pam susu kena ikut waktu yang betul setiap hari . Sekarang baby satu tahun empat bulan saya jadi exclusive pumping mom. Ke mana-mana bawa pam susu.”

-"Usaha Uyaina untuk menyusu perlu dipuji. Memang kesedaran tongue tie ini kurang dalam masyarakat kita, bagus Uyaina kongsi pasal ini. Kadang apabila anak kita tak nak susu, ramai yang salahkan ibunya. Tapi tongue tie mungkin salah satu puncanya. Anak saya tongue tie dan saya mengepam susu. Jika itu tidak berkesan, pemberian susu formula juga bagus. Jangan risau Uyaina.”

Info ringkas tongue-tie

1-Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah dan lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas serta terikat.

2-Apakah penyebab berlakunya tonge-tie ini? Antara faktornya adalah kongenital di mana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya.

3-Gejala-gejala tongue-tie ialah seperti berikut:

- Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu

- Bayi selalu mengamuk ketika selepas menyusu kerana tidak kenyang

- Kenaikan berat badan tidak memuaskan

- Sakit atau luka pada puting ibu

- Kesan buruk pada pertubuhan gigi

- Pelat/ lambat pertuturan

4-Rawatan yang disyorkan bergantung pada tahap perkembangan dan pertuturan. Jika tidak bayi tidak mengalami masalah menyusu, berat badan bagus, boleh ‘tunggu dan lihat’. Namun, seandainya ada salah satu gejala yang disebutkan, pembedahan kecil dipanggil frenulectomy atau tongue-tie release dilakukan.

5- Segeralah bawa bayi berjumpa pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jika mendapati gejala-gejala tongue-tie agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan dan tumbesan si kecil.

Baca juga: Jadi pelat bukan dek lidah pendek ya. Ini puncanya…

Sumber: Uyaina Arshad," target="_blank" >Dr Mohd Shaiful Nizam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi