PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad tidak menungga lama untuk berkongsi nama putera sulungnya hari ini.

Uyaina dan suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran sepakat memilih nama Raja Urhan Raja Syahiran yang membawa maksud pemimpin yang hebat.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Uyaina dan Syahiran berkongsi gambar bertiga mereka yang pertama.

Baca Juga : Tahniah! Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember tahun lalu.

Iklan

Baca Juga : Uyaina selamat bergelar isteri Raja Syahiran

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.