Uyaina, Raja Syahiran bakal timang anak lelaki

UYAINA ARSHAD
UYAINA ARSHAD
A
A
A

PENGACARA dan pelakon, Uyaina Arshad dan suami, Raja Syahiran berkongsi berita gembira perihal jantina anak sulung mereka.

Pasangan selebriti itu telah mengadakan satu majlis istimewa dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Difahamkan, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad bakal bersalin dalam temoih kurang dua minggu sahaja lagi.

“Bismillah, alhamdulillah. It’s a boy (dia lelaki). Doakan keluarga kecil kami,” tulis Uyaina menerusi perkongsian di Instagramnya.

Terdahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa awal April lalu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi berita gembira dan mengesahkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kendungan memasuki tiga bulan.

Tidak sampai dua minggu berkongsi berita gembira, Uyaina terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut sebelah kanan.

Selang beberapa hari selepas membuang apendiks, bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim hingga memaksa pembedahan dilakukan sekali lagi.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi bernikah di Colony Star Boulevard Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca