Try guna dua trik ini dulu sebelum panggil tukang paip, jimat duit dan gerenti puas hati

Iklan
paip tersumbat

MASALAH paip tersumbat di bilik air setiap kali selepas mandi memang bikin kita pening kepala.

Apatah lagi jika duduk di pangsapuri atau apartmen, pasti masalah tersebut memberi kesan kepada penghuni di tingkat bawah.

Iklan
Iklan

Kalau siling rosak, kos yang perlu ditanggung bukan biasa-biasa.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Ben Safwan mungkin boleh anda cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Iklan

Menurut Ben, setiap kali berdepan dengan isu paip tersumbat, kita dinasihatkan jangan sesekali menjolok ruang paip dengan batang penyapu atau benda tajam kerana boleh menjadikan masalah lebih buruk.

Sebagai langkah awal sebelum memanggil tukang paip, beliau mengesyorkan supaya membeli dawai spring yang dijual di kedai hardware.

Iklan

Alat tersebut dijual dengan ukuran 3 hingga 5 meter dan boleh pilih yang mana lebih sesuai dengan keadaan paip rumah. Nak selamat? Beli jer yang paling panjang.

Tulis pemuda tersebut, beliau memotong bahagian lembut pada spring hadapan supaya memudahkan dawai masuk ke dalam paip.

"Kalau boleh, tinggalkan sikit jer yang lembut lebih kurang sejengkal. Jolok hingga masuk ke saluran. Gunalah tiga hingga empat cara agar dia masuk.

"Dah masuk, putarkan wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat. Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan. Putar sampai air mula mengalir," katanya.

Baca juga Cara berkesan cuci sinki tersumbat!

Selepas aliran air sudah kembali normal, curah sebaldi air untuk melihat kelajuan air masuk ke dalam paip.

Jika lancar, setel masalah!

GUNA BATANG GETAH

Satu lagi perkongsian tip daripada Zuhri Mohd di akaun TikTok juga boleh dicuba.

Zuhri menyarankan untuk membeli batang getah atau sewage cleaning rod yang dijual di kedai hardware.

Alat itu sangat berfungsi untuk mengepam air yang tersumbat di dalam saluran paip.

Tak ubah seperti pengepam singki tapi versi panjang.

Harganya pun dianggarkan bawah RM100 siap aksesori dan boleh digunakan untuk tempoh masa panjang.

Cara penggunaan juga mudah. Ikuti cara-caranya:

1. Masukkan batang getah tersebut di dalam paip yang bermasalah.

2. Tekan ke bawah secara perlahan-lahan.

3. Kemudian tarik ke atas dengan laju supaya sisa sampah yang tergumpal terlerai.

4. Ulang step yang sama sehingga aliran air kembali normal.

5. Nak pastikan masalah selesai, jirus air sebaldi ke dalam lubang paip.

6. Perhatian aliran air, jika tiada air bertakung, masalah anda sudah selesai.

Macam mudah jer cara yang dikongsikan. Paling penting, kena ada semua barang itu dulu sebagai perkakas penting dalam bilik air.

Baca juga [VIDEO] Cuci longkang tersumbat di lebuh raya hingga tenggelam badan, aksi pekerja pembersihan sentuh hati warganet

Kalau berlaku air tersumbat lagi, tak perlulah berhabis duit panggil tukang paip lagi dah selepas ini.

Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca SinarPlus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi