RASANYA semua orang pernah alami masalah sinki tersumbat, bukan di rumah sendiri mungkin berlaku di rumah saudara. Kena pula orang yang jenis selalu masuk dapur, mahu tak tersumbat?

Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini Sinar Plus nak kongsi cara lain yang lebih berkesan.

Tak perlu panggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Cara yang mudah dan boleh menjimatkan wang anda.

Cara pertama:

  • Keluarkan semua air yang bertakung di dalam sinki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
  • Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
  • Diikuti dengan secawan garam halus.
  • Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
  • Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang sinki tersebut.
  • Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam sinki mengunakan alat pengepam biasa.
  • Kalau nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok di sekitar sinki untuk hapuskan kuman.

Cara kedua:

Iklan
  • Masukkan ½ cawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
  • Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
  • Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka ke dalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya serbuk penaik dan cuka tadi bertindak balas.
  • Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
  • Lihatlah hasilnya dulu, jadi atau tak.
  • Sambung langkah di bawah kalau teknik di atas tidak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang lebih lain sikit.
  • Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk periksa jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
  • Jika masih tersumbat, tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
  • Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
  • Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!

Selamat mencuba!

Iklan

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: clearwaterplumber