‘Hampir semua betul’ - Nyanyi lagu Munbe Vaa, sebutan bahasa Tamil Siti Nurhaliza buat ramai terpegun

Iklan
1

DATUK Seri Siti Nurhaliza Taruddin membuktikan dirinya seorang penghibur sejati apabila muncul di konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung baru-baru ini.

Lunak suara Siti memukau 60,000 penonton yang berada di stadium sehingga diberikan standing ovation sebagai tanda hormat.

Iklan
Iklan

Ramai memuji persembahan Siti dan kesungguhan ratu pop negara itu kerana fasih menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Tamil.

Iklan

Baca juga: ‘Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.‘ Genap 44 tahun, Siti Nurhaliza 'celebrate birthday' di Turkiye

Iklan

Mana tidaknya, suara merdu dan lenggok indah Siti Nurhaliza ketika mendendangkan lagu itu sukar dicari kecacatannya sekaligus menunjukkan komitmen beliau berlatih untuk memberikan persembahan terbaik.

"Hampir kesemuanya sebutan betul. Sedangkan ada artis India tapi slang lain, beliau sampaikan yang terbaik!” kongsinya.

Menerusi video, Sharmini yang merupakan finalis Miss Malaysia Kebaya 2022 memuji persembahan penyanyi berusia 44 tahun itu.

"Ramai yang bertanya sama ada sebutan perkataan-perkataan bahasa Tamil oleh Siti Nurhaliza betul atau tidak. Sedangkan ada yang berbangsa India pun kadang kala bahasa Tamil mereka pelik. Setahu saya yang turut berada di konsert berkenaan, hampir 99 peratus sebutan beliau adalah betul.

"Saya bukan cikgu bahasa Tamil tapi Siti Nurhaliza menyebut (pronunciation) betul. Beliau sampaikan persembahan yang terbaik. Walaupun beliau beritahu nervous, tetapi saya rasa beliau sangat happy. Tiada siapa yang perasan beliau gugup,” puji Sharmini.

Baca juga: Siti Nurhaliza beli kediaman mewah di Dubai, Asyraf Khalid jadikan sumber inspirasi

Terdahulu, Siti menzahirkan membuat persembahan bersama AR Rahman adalah impiannya sejak sekian lama.

"Alhamdulillah, tiada apa dapat saya lafazkan, bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang datang. Saya berusaha semampu saya untuk memberikan yang terbaik. Bukan untuk diri saya sahaja tetapi buat peminat, penonton dan tentunya buat Malaysia.

"Sewaktu menerima e-mel dari seniman AR Rahman, saya tidak berfikir panjang, terus menerima undangan beliau kerana saya tahu dalam setiap apa yang kita lakukan, dalam apa bidang sekalipun, kita ada wishlist yang kita ingin capai. Salah satunya saya telah capai malam tadi di konsert AR Rahman.

Baca juga: 'Ini bekalan akhirat saya dan suami.'Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

AR Rahman ialah penggubah filem, penerbit rakaman, pemuzik dan penyanyi India.

Kerjaya skor filemnya bermula pada awal 1990-an dengan filem Roja. Beliau menempa nama dan telah memenangi dua Anugerah Academy, dua Anugerah Grammy, satu BAFTA Award dan Golden Globe.

Sumber: Sharmini Sharm, @ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.