KUIH kaswi memang enak dan lembut. Makan dengan kelapa parut, rasanya yang lemak manis memang membuka selera.
Tekstur lembut bergoyang, kuih tradisional ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia.
Cara membuat sebenarnya tidaklah payah, dengan lima bahan menggunakan sukatan cawan kaswi air tangan sendiri boleh dihasilkan.
Baca juga: Jom buat kuih kaswi sukatan cawan yang sedap!
Baca juga: Tak sempat ganti puasa tahun lepas
Resipi kaswi gula merah dikongsikan Mariana Zainal ini antara yang terbaik untuk dicuba. Nampak sedap, jom kita pelajari bahan dan cara penyediaannya.
KASWI GEDIK
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 cawan tepung ubi [BELI DI SINI]
3/4 cawan gula merah timbang (serbuk bukan gula merah ketul) [BELI DI SINI]
2 sudu besar gula pasir [BELI DI SINI]
4 1/2 cawan air
1 sudu teh air kapur
Kelapa parut secukupnya
Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama
LANGKAH PENYEDIAAN
1-Panaskan pengukus hingga air mendidih.
2-Sapukan minyak masak dalam loyang bersaiz lapan inci. Boleh juga dibuat dalam acuan kecil.
3-Satukan gula merah, gula pasir, air dan masak sehingga gula larut. Biarkan ia suam.
[caption id="attachment_105506" width="800"] Elakkan gula merah jenis ini untuk kaswi, seeoloknya gunakan gula merah jenis serbuk. (Kredit foto: Freepik)[/caption]
3-Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur dalam satu bekas.
4-Tapiskan air gula yang sudah suam tadi. Kacau sebati dan tapis ke dalam loyang.
5-Kukus selama 30 minit dengan api yang perlahan.
6-Jika ada air bertakung, tuang perlahan-lahan atau buang ia menggunakan sudu.
7-Kemudian kukus semula menggunakan api besar selama lima minit untuk mengeringkan air pada permukaan kaswi.
8-Apabila siap dikukus, biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik.
9-Sebelum menghidang, kukus kelapa parut selama dua hingga tiga minit. Ini penting supaya ia lambat basi.
10-Salut kaswi yang dipotong dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.
Baca juga: Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan
Sumber: Mariana Zainal
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.