ANTARA persoalan yang paling popular tatkala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Sudahkan anda mengganti puasa?”, terutamanya dalam kalangan kaum Hawa.

Masakan tidak, kaum wanita begitu ‘istimewa’ kerana dikurniakan hari-hari tertentu yang mana mereka tidak boleh berpuasa.

Iklan

Namun begitu, golongan lelaki kadangkala mempunyai kekangan atau tidak mampu berpuasa misalnya ketika sakit ataupun bekerja sebagai buruh kasar.

Iklan

Apakah yang perlu kita lakukan jika menghadapi situasi ini? Jom bersama pendakwah dan juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia merungkaikan jawapannya dalam Soal Jawab Netizen Edisi Ramadan.