PELAKON, Wawa Zainal tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Kini aktres kelahiran Sabah itu sedang meniti kejayaan dalam perniagaan.
Berusaha keras untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari, aktres itu tidak lupa kedua orang tua yang melahirkan dan banyak berkorban.
Aktres itu menyentuh hati ramai apabila berkongsi video memberikan kejutan kepada ibu bapanya, Mariam Hashim dan Zainal Abidin Sulong dengan membelikan sebuah rumah teres setingkat hasil titik peluh.
Baca juga: Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup
Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin terdahulu telah berjaya memujuk ibu bapanya tinggal di Semenanjung.
"Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa decide belikan rumah untuk mak dan bapak. Mula-mula nak beli dua tingkat tetapi bila fikir duduk berdua dan berusia untuk naik turun. Jadi Wawa cari rumah setingkat,” kongsi Wawa.
Ibu Wawa, yang pada mulanya menutup mata ketika masuk ke rumah sebak dengan kejutan itu dan saling berpelukan.
Baca juga: 90,000 helai Wawa Scarve terjual dalam masa 24 jam, Wawa Zainal terharu
Menurut Wawa, keadaan rumah teres setingkat itu telah ditata hias terlebih dahulu khas buat ibu bapanya.
"Bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga la. Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi saya memang percaya Aqi74 boleh jadikan rumah ni jadi rumah baru! Cuba tengok, lawa kan? Sangat cozy,” kongsi Wawa.
Malah aktres kacukan Brunei dan Filipina itu meluahkan menyayangi ibu bapanya meskipun tidak dibesarkan ibu kandungnya itu.
Warga maya rata-rata terharu dengan perkongsian Wawa dan menjadikan ia inspirasi. Malah ramai yang memuji dekorasi kediaman itu yang sangat indah. Ujar mereka:
-"Post Wawa ni mengandungi bawang. Doa daripada ibu bapa tak ternilai jika dibanding dengan segala kemewahan yang kita ada. Alhamdulillah Wawa punya rezeki itu.”
-"Allhamdulillah, amin. Semoga rezeki bertambah barakah. Apabila kita baik kepada ibu bapa maka rezekinya akan bertali arus bagai air sungai yang mengalir. Kak Ina proud of you.”
-"Cantiknya. Tahniah Wawa dan Aeril besar pahalanya semoga semakin dimurahkan rezeki.”
-"Sebak tengok parents Wawa, terharu.”
-"Entah kenapa saya pun turut nangis. Tahniah Wawa sebab bahagiakan ibu ayah.”
-"Sebaknya. Inspirasi saya untuk bekerja lebih kuat, nak bahagiakan ibu bapa sebelum mereka menutup mata.”
-"Sebaknya time ayah Wawa doa. Berharganya doa kedua ibu bapa. Macam mana tak murah rezeki kan.”
-"Semoga rezeki Wawa melimpah ruah.”
-"Lawanya deko.”
Baca juga: Biarkan Wawa urus duit bisnes, Aeril mengaku tak pandai ‘transfer’ wang syarikat
Sumber: w4w4_zainal
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi