Resipi mudah jem tat nanas cantik berserat hanya 4 bahan, pakai pemarut legend

Iklan
1

RESIPI jem untuk tat nanas ada pelbagai, tapi yang cantik berserat susah nak jumpa. Orang kata kesedapan tatnanas bergantung kepada inti. Kalau jem secukup rasa, maka enaklah tat keseluruhannya.

Ramadan bakal tiba Mac ini manakala hari raya pula April nanti, golongan mak-mak tentu sibuk mencari cara resipi membuat kupadan raya air tangan sendiri. Tat nanas memang satu kemestian, tak boleh lawan dengan tat moden berinti coklat mahupun nutella.

Iklan
Iklan

Baca juga: Baru belajar nak buat kuih raya, boleh cuba resipi biskut Makmur tanpa oven

Iklan

Sementelah harga biskut raya yang naik melambung tahun ini, apa kata kita buat sendiri tat nanas. Adun sendiri jem sebenarnya lebih jimat, cara pun tak renyah. Inilah masanya nak tunjuk skil memasak kan?

Hanya menggunakan empat bahan, berikut resipi yang dikongsikan pengguna Facebook Sutera Ayu. Lebih special lagi, inti dihasilkan ini cantik berserat, gerenti sedap!

Iklan

JEM NANAS

BAHAN

-10 biji nanas madu segar [BELI DI SINI]

-1.5 kg gula perang [BELI DI SINI]

-300 gram madu [BELI DI SINI]

-1 sudu makan garam [BELI DI SINI]

CARA PENYEDIAAN

1-Kopek nanas dan buang matanya. Basuh bersih. Boleh juga cuci dahulu buah ini sebelum kupas untuk mengelakkan pasir melekat.

2-Belah nanas menjadi empat hingga lima bahagian. Sutera Ayu berkongsi tip buang empulurnya supaya jem nanas tak mudah basi.

3-Parutkan dengan pemarut DIY.

4-Langkah selanjutnya mauskkan nanas diparut ke dalam kuali dan jerangkan atas api. Usahakan pakai kuali yang betul2 bersih yang tiada kesan minyak atau bau masakan.

5-Masak nanas hingga airnya kering dalam satu hingga dua jam. Jangan sampai hangit dan selalulah diaduk.

6-Bila airnya sudah kering,, masukkan gula putih.

7-Perlahankan api dan masaklah nanas dan gula selama satu jam setengah.

8-Apabila gula dan nanas dah sebati, baru masukan madu dan garam.

9-Perlahankan api dan masak lagi selama satu jam. Jangan lupa kacau.

10-Tutuplah api dan sejukkan. Sedia digunakan keesokan harinya untuk buat tat nanas.

Baca juga: 6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

DIY PEMARUT JEM NANAS

Wanita ini turut berkongsi cara mudah membuat sendiri (DIY) pemarut nanas yang menghasilkan jem berserat cantik.

Tidak seperti yang ada di pasaran, pemarut besar ini memudahkan nanas diparut kerana mempunyai lubang yang besar.

"Beli permarut dekat kedai serbaneka matanya halus. Tak dapat serat yang cantik. Pemarut daripada bahan besi cepat karat. Buat sendirilah, janji boleh parut nanas dengan mudah,” katanya.

BAHAN

1 loyang aluminium segi empat [BELI DI SINI]

Paku

Tukul [BELI DI SINI]

LANGKAH MEMBUAT

1-Sutera Ayu menggunakan loyang kek aluminium.

2-Pakukan bahagian dalam loyang sehingga meliputi separuh loyang.

3-Siap untuk digunakan!

Selamat mencuba!

Baca juga: Nak kerepek pisang jadi rangup berlemak, guna bahan ini ketika menggoreng

Sumber: Sutera Ayu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.