KEREPEK pisang antara kudapan yang menjadi pilihan ramai pelbagai peringkat usia. Jenis kudapan sebegini disukai ramai kerana sifatnya yang rangup, masin dan manis serta mudah melekakan ketika dimakan. Lazimnya, kita tidak sedar kerepek habis sebalang ketika bersembang, membelek telefon atau menonton televisyen.

Selera akan terbantut bila kita makan kerepek pisang yang teksturnya ‘berat,’ tidak garing dan lemau. Mungkin anda sudah cuba berbagai petua untuk mendapatkan kerepek pisang yang rangup tetapi tetap juga tidak menjadi.

Baca juga: Pisang goreng rangup ‘krup krap’ ini rahsianya, resipi guna 7 bahan

Baca juga: Ramadan, jualan kerepek pemuda ini meningkat 100 kali ganda, berjaya tembus pasaran Singapura dan Taiwan

Menerusi satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Khaula Anis, wanita ini memberikan tip agar kerepek pisang rasa lebih rangup dan berlemak. Makan kerepek pisang yang rangup pasti mengasyikkan.

“Tidak perlu menggunakan garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna kerepek akan lebih cantik, tidak perlu guna serbuk kunyit.

“Jika mahu menambah aroma, masukkan dua hingga tiga hiris bawang putih semasa menggoreng. Ini rahsia daripada peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan,” kongsinya.

Baca juga: Pelik makanan lain sedap, 23 tahun wanita ini hidup dengan sandwich, kerepek

Berikut dikongsikan resipi kerepek pisang rangup. Bila buat sendiri, makan pun lebih puas selain terjamin kebersihan cara penyediaannya.

Bahan:
1 sikat pisang berangan [BELI DI SINI]
200 gram marjerin [BELI DI SINI]
½ kilogram minyak masak [BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Kupas kulit pisang berangan sehingga selesai.

2. Sagat pisang berangan yang telah siap dikupas tadi menggunakan penyagat.

3. Panaskan minyak masak. Apabila minyak masak telah panas, masukkan marjerin.

4. Kemudian masukkan pisang berangan yang telah siap disagat. Masukkan dalam jumlah yang sedikit, jangan sekali harung. Ini bagi memastikan kerepek masak sekata.

5. Apabila kerepek pisang telah masak kekuningan, angkat dan toskan. Teruskan menggoreng sehingga habis.

6. Untuk sesikat pisang berangan, anda boleh menghasilkan dua balang saiz sederhana kerepek pisang.

Baca juga: Rangup dan mudah! Ini resipi kerepek bawang, popia simpul dan rempeyek

Iklan

LIMA TIP PENTING MENGGORENG KEREPEK PISANG

1. Jangan sagat pisang terlalu tebal.

2. Minyak dan marjerin perlu dipastikan betul-betul panas sebelum mula menggoreng.

3. Goreng sehingga pisang rangup sebelum diangkat.

4-Jangan angkat selagi belum pisang belum masak sepenuhnya. Pisang yang disagat nipis proses menggoreng lebih mudah, Jika disagat tebal, ia perlu goreng lebih lama.

5. Tunggu sehingga kerepek benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Dengan petua dan cara ini kerepek pisang akan lebih rangup apabila dimakan.

Iklan

INFO: Antara jenis pisang yang sesuai dibuat kerepek  ialah pisang abu, pisang tanduk, pisang lang, pisang nipah, pisang nangka.

Baca juga: Cara rangupkan semula kerepek, biskut, keropok yang dah lemau

Sumber: Khaula Anis

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi