‘Alhamdulillah tahniah anak mama’ - Anak sulung Sari Yanti raih anugerah kecemerlangan akademik

Iklan
sinarplus (13)

ALHAMDULILLAH, demikian tutur pelakon Sari Yanti selepas anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.

Aktres siri popular Kisah Kaisara itu berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.

Iklan
Iklan

Sari Yanti meraikan kejayaan ditempa anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran di Instagram.

Baca juga: Sari Yanti, Jep Sepahtu timang anak ketiga

Iklan

Iklan

Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, pelakon Jenaka Kampung Kalut itu memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq, 12.

Baca juga: "Putus sudah kasih sayang kita di dunia..” – Datuk kepada Sari Yanti meninggal dunia

Kejayaan Barr mendapat perhatian warga maya yang tidak henti menitipkan ucapan tahniah.

-"Kacaknya, semoga membesar menjadi anak yang soleh. perlindung adik-adik.”

-"Tahniah... Semoga berjaya kehidupan dan akhirat aminnn.”

-"Tahniah Barr....”

-"Tahniah Sari Yanti dan anak sulung, moga terus cemerlang dunia dan akhirat.”

-"Adik ke tu hihi, nampak muda je mamanya..”

-"Macam adik beradiklah. Mak masih muda anak dah bujang.”

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

Selain Barr dan Baasit, Sari Yanti yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.

Baca juga:Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat. Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.