TIADA yang lebih membahagiakan hati seorang ibu bernama Didie Alias apabila melihat kejayaan anak-anaknya.

Setiap ibu bapa tidak kira selebriti mahupun orang biasa apabila melihat kejayaan anak-anak. Itulah hadiah yang paling bermakna buat mereka.

LUAHAN HATI

Terasa berbaloi segala titik peluh dan penat lelah mencari rezeki. Demikian juga dengan pelakon dan pelawak terkenal ini. Beliau baru-baru ini berkongsi kisah seorang lagi anaknya meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Menerusi satu perkongsian di instagramnya, bekas finalis Dewi Remaja 1990 itu memuat naik luahan hati usai anak perempuannya berjaya menggapai segulung Sarjana Muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.

Baca ni: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

WANITA TERBAHAGIA

Menurut Didie, itulah penguat semangat untuk terus mencari rezeki.

“Alhamdullillah syukur. Satu-satu ALLAH curahkan kebahagiaan buat mummy. Seorang lagi anakanda mummy terima Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Antarabangsa. Tahniah @dinierdzn buat mumy rasa wanita terbahagia dunia akhirat.

“Hilang segala penat lelah mummy. Amin Ya Rabbalalamin. Terima Kasih ALLAH,” ungkap selebriti berkenaan dalam nada sebak.

Perkongsiannya mendapat reaksi daripada warya maya. Rata-rata memberikan ucapan tahniah buat Nurdinie Mohd Ridzuan atas kejayaan tersebut.

Malah ramai yang memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya sehingga seorang demi seorang berjaya dalam pelajaran.

MEMBANGGAKAN IBU BAPA

Iklan

“Tahniah mummy.. Saya pernah lihat kesusahan mummy menjual nasi lemak dahulu. Kini mummy bahagia bersama anak-anak yang sudah berjaya, juga dapat suami yang sayang seadanya.

“Alhamdulillah tahniah, Anak lawa, mummy hebat.”

“Alhamdulillah dan tahniah buat Didie dan anak.

“Alhamdulillah syukur nikmat. Semoga ini juga boleh memberi semangat kepada ibu bapa di mana pun berada. Berikan pendidikan setinggi mungkin untuk mereka. Tiada harta yang dapat diberi, usahakan untuk mereka belajar demi masa depan dan menjadi contoh kepada adik-beradik, anak dan keluarga serta membanggakan ibu bapa. “

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurdinie R. (@dinierdzn)

Baca lagi: Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik

Sumber:ladydidiemsia & dinierdzn

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan