SAMSUNG memang sentiasa hadir dengan varian yang mengagumkan.
Terbaharu, mereka mengumumkan tiga model terkini, Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.
Dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, reka bentuk kesemua fitur tersebut lebih sofistikated dan simetri, selain pembuatannya menggunakan bahan kitar semula seperti kaca dan bingkai logam.
Antara spesifikasi Samsung Galaxy S23 Ultra:
- Memiliki tetapan empat kamera. 12 megapiksel (MP) untuk swafoto dan kamera ultra lebar 12 MP dengan sudut lebar 200MP. Kriteria ini membantu menghasilkan kualiti foto lebih baik.
- Saiz skrin 6.8 inci QHD Edge dengan kadar segar semula hingga 120Hz.
Baca juga Tiada tandingan, Samsung perkenal 3 model terkini Galaxy S23 yang lebih powerful
- Kapasiti bateri pintar 5000mAH untuk penjimatan hingga 26 jam.
- Tampil dengan teknologi pen S yang lebih produktif.
- Pilihan storan 256 dan 512GB.
- Lapan rona pilihan termasuk empat warna eksklusif iaitu merah, kelabu, biru dan lime.
Baca juga Stail, mantap, tahan lasak. Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G jadi idaman ramai
Galaxy S23 dan Galaxy S23+ juga tidak kurang hebatnya apabila memiliki ciri-ciri seperti berikut:
- Menerapkan fungsi bidikan malam, Nightography.
- Paparan skrin 6.6 inci FHD dan 6.1 inci FHD yang dilengkapi dengan perlindungan untuk keselesaan mata.
- Pilihan storan 256 dan 512 GB untuk Galaxy S23, manakala 128 dan 256GB untuk Galaxy S23+.
- Kapasiti bateri 4700 mAH dengan ciri pengecasan pantas.
Samsung Galaxy S23 Ultra dijual pada harga bermula RM5,699, manakala Galaxy S23 (bermula RM4,699) dan Galaxy S23+ pada harga bermula RM3,899.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.