SAMSUNG Malaysia Electronics sekali lagi mencetus sensasi apabila membawakan peranti lipat seterusnya, Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Presidennya, Edward Han berkata, generasi terbaharu telefon pintar boleh lipat itu akan memenuhi segala jangkaan daripada reka bentuk ikonik hinggalah kepada hiburan yang mencuri tumpuan.


“Telefon pintar arus perdana Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G lebih mudah diakses, lebih tahan lama dan direka untuk pengalaman yang lebih lancar.

Sebagai peneraju industri yang mempelopori teknologi boleh lipat, Samsung percaya peranti kami dapat berfungsi dalam memperhebatkan aktiviti kami menerusi ekosistem yang dibina berdasarkan fleksibiliti, keterbukaan, intuisi dan inovasi,” katanya pada sidang akhbar demonstrasi secara maya Era Baharu, Hidup Lebih Terbuka dengan Galaxy baru-baru ini.

Kehadiran fitur masa hadapan itu turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan antaranya Alif Aziz, Daiyan Trisya dan Dini Schatzmann.

Jangan lupa follow kami di Instagram!


Alif berkata, Galaxy Z Fold3 5G sangat memahami keperluan dirinya dalam menyelesaikan banyak tugas pada masa yang lebih singkat dengan pelbagai ciri baharu, antaranya dengan penambahan S Pen.

Daiyan pula mengakui, Galaxy Z Flip3 5G BOLD sememangnya sesuai untuk dirinya yang sukakan gaya dan fesyen.

“Telefon ini ringan, tetapi penuh dengan fungsi inovatif. Mahu merakam foto juga mudah dengan Flex Mode yang membolehkan saya bebas meneroka lebih banyak sudut,” ujar beliau.

Iklan


Selain telefon pintar, lengkap gaya dengan memiliki Galaxy Watch4 Classic and Galaxy Watch4 Bluetooth berserta dengan Galaxy Buds2 yang didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar.

Jam pintar daripada Samsung itu sememang berbaloi untuk dibeli kerana ia bukan sahaja boleh mengimbas status kesihatan seseorang, malah dapat mengukur tahap oksigen dalam darah ketika ketika sedang tidur. Hebat, bukan?

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://news.samsung.com/my/.

Jangan lupa follow kami di Instagram!