KRONOLOGI kes pembunuhan bayi ini pada 2018 ini terlalu tragis. Kematian bayi, Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, 11 bulan menjadi perhatian ramai apabila maut di tangan suami pengasuhnya, Hazmi Majid.
Tragis dan menyedihkan, media terdahulu melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas Zara.
Dihantar ke hospital dengan dakwaan tercekik epal, bayi perempuan itu yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, akibat didera secara fizikal dan seksual.
[caption id="attachment_108064" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]
Berikut adalah kronologi kes anak kecil ini yang menyayat hati:
1-Bayi berkenaan dihantar kepada pengasuh berkenaan di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi sejak 21 September 2018.
2- Pengasuh berkenaan diperolehi melalui Facebook berminat untuk menjaga abang sulung, berusia lima tahun (ketika itu) dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
3-Dua minggu selepas dihantar, ibunya menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara.
4-Pengasuh berkenaan memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya yang berusia satu tahun lapan bulan. Bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan itu menyebabkan Zara tidak dihantar oleh ibu bapanya ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu sebaliknya dihantar ke rumah ibu saudara di Klang.
[caption id="attachment_108063" width="800"] Foto: Sinar Harian (fail)[/caption]
5-Zara dihantar semula ke rumah pengasuh kerana kerap menangis di rumah ibu saudara. Ibu Zara sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun menangis apabila melihat suami wanita berkenaan.
[caption id="attachment_108062" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
7-Ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.
9-Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh Zara di bawah jagaan pengasuh, bayi itu dijaga sepenuh masa oleh suami pengasuh kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja.
[caption id="attachment_108067" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
12-Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.
13-Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Hazmi bersalah atas keputusan tersebut pada 20 Ogos 2021.
14-Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Mohd Khaja dalam hujahnya berkata hakim perbicaraan telah membuat keputusan bersalah selepas menilai semua keterangan saksi pendakwaan terhadap pembelaan.
[caption id="attachment_108066" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
16-Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengekalkan hukuman mati terhadap Hazmi.
Warga maya yang mengikuti kes penderaan tragis Zara menitipkan lega selepas hukuman dijatuhkan mahkamah rayuan dan mendoakan kesejahteraan keluarga Allahyarham.
-"Ini baru hukuman yang paling adil. Jangan terlepas begitu saja.”
-"2018 berlaku, 2023 bru terbela nasib baby.”
-"Alhamdulillah terbela akhirnya. Harap menjadi pengajaran buat mereka yang mendera. Harap pihak keluarga anak syurga ni kuat dan tabah. Aamiin.”
-"Arwah baru 11 bulan, mungkin baru nak belajar berjalan.”
-"Moga tragedi seumpama ini tidak berulang lagi.”
Semoga pengakhiran kes ini memberikan pengajaran kepada masyarakat. Al-Fatihah.
Baca juga: Tidak berperikemanusiaan! Bayi lelaki 9 bulan maut, diliwat suami pengasuh
Sumber: Berita Harian, Astro Awani, Sinar Harian
Kredi foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.