TIDAK dapat bayangkan dengan fikiran waras apabila pengasuh yang diberikan amanah sanggup melakukan kekerasan kepada bayi lelaki baru berusia empat bulan hingga koman retak tempurung kepala.

Bukan dihantar ke sembarangan pengasuh, bayi berkenaan dipercayai didera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan boyfriend ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Bagaimana agaknya kecil itu menanggung derita, hingga kini tidak sedarkan diri. Berikut kronologi kejadian:

1-Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.

2-Bayi berkenaan didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.

3-Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu.

4-Bapa si kecil itu membuat laporan polis pada hari sama.

Kredit foto: Pexels

5-Susulan laporan itu polis telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan.

6-Pengasuh berkenaan menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.

7-Siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh si kecil itu.

8-Paling menyedihkan, bayi berkenaan baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.

9-Polis menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh.

Baca juga: ‘Rehatlah sayang’ -Ibu reda anak ditunggu 4 tahun ‘pergi’, catatannya menyentuh hati warganet

Kredit foto: Pexels

10-Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga: #SiBibirMerah: Isu pengasuh, penjaga taska cuai, tolonglah kasihi bayi macam anak sendiri

TANDA-TANDA ANAK DIDERA PENGASUH

1) ANAK TIBA-TIBA BERUBAH PERANGAI
Dulunya si anak seorang yang manja dan ceria, tiba-tiba jadi sensitif, pasif dan pendiam. Lebih suka termenung dan menyendiri dari bercakap. Macam fobia atau terkejut bila anda panggil walaupun dengan nada lembut.

2) ANAK TIBA-TIBA JADI SANGAT PATUH PADA ARAHAN ATAU MEMBERONTAK
Si anak tadi macam takut bila menerima arahan. Boleh jadi mengamuk atau tantrum tak semena-mena.

3) JADI SANGAT TAKUT KEPADA PENGASUHNYA
Bila kita hantar pada pengasuh, nampak je kelibat pengasuh, dia jadi cemas dan ketakutan. Nangis yang beriya-iya macam kena pukul. Tolong ambil peduli dan tanya betul-betul anak kenapa jadi macam tu.

Iklan

4) ADA TANDA LEBAM, CALAR ATAU LUKA YANG LUAR BIASA
Bila ambil anak dari pengasuh, check tubuh badan anak. Check pada muka, tangan, kaki, paha, bahagian intim dan muka. Bukan tak percaya pengasuh, tapi berjaga-jaga sebelum anak jadi mangsa.

5) PERKEMBANGAN TERGANGGU DAN TERBANTUT
Jika sebelum ni anak berselera makan, menolak makanan favourite dia. Anak yang sudah pandai berjalan dan duduk, jadi tak stabil atau sakit bila didudukkan jadi lesu sepanjang masa. Buat pemeriksaan, kadang-kadang kita tak tahu apa yang jadi pada dalaman bayi atau anak kita.

Jika anda perhatikan ada perubahan yang sangat ketara pada perkembangan anak, tolonglah siasat dan buat pemeriksaan.

Lebih-lebih lagi, penderaan pada bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun. Mereka tidak tahu nak mengadu atau memberitahu anda apa yang dia alami.

Iklan

Peka dan pantau mereka setiap kali ambil dan hantar mereka ke rumah pengasuh. Jika ragu-ragum bertindak segera!

Baca juga: Kaki bayi retak tak boleh jejak lantai, muka berbekas, CCTV taska bongkar segalanya

Sumber: Polis Johor, Sinar Harian

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.