Pemuda penuhi impian ibu ubah kantin sekolah jadi cafe hipster buat ramai kagum
ANAK merupakan anugerah yang amat bernilai. Pastinya ibu ayah inginkan anak-anak berjaya.
Malah ibu bapa juga mengimpikan anak-anaknya mencapai cita-cita dan menjadi insan berjaya dalam hidup.
Kita pula sebagai anak pastinya tidak sanggup untuk melihat ibu bapa kecewa. Mereka adalah segala-galanya dalam dunia ini.
Begitu juga dengan seorang pemuda ini yang berusaha memenuhi impian ibunya.
Menerusi perkongsian sebuah video di laman TikToknya @amirulikhrammk, pemuda itu melakukan make-over terhadap sebuah kantin sekolah demi memenuhi impian ibunya.
"Impian seorang ibu dipikul oleh seorang anak yang tidak pernah berputus asa walaupun berkali jatuh tersungkur. My journey for 2023. Alhamdulillah syukur ya ALLAH.
"Setelah dua tahun berjuang untuk dapatkan tender kantin sekolah akhirnya berjaya dan ia juga salah satu impian mak saya," tulisnya.
Baca juga Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak
Berkongsi gambar setiap proses ubah suai serta foto sebelum dan selepas, video tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai.
Menurutnya, kantin tersebut berjaya mendapat tempat di hati guru dan murid.
Kata pemuda itu juga, orang yang menjadi tulang belakangnya adalah ibu tersayang.
"Tulang belakang saya my lovely mum. Seorang ibu yang tidak pernah kata tidak kepada anak lelaki dia dan sentiasa sokong dan doakan saya," katanya.
Rata-rata warga maya terpegun melihat hasil sentuhan pemuda yang juga bekas chef hotel itu menghias ibarat seperti cafe hipster.
Ujar mereka;
"wah seronoknya nak tengok cantik je and kemas... makanan guru tu dah macam catering dah."
"Mesti best cikgu bawak laptop sambil wat kerja kat kantin, sambil-sambil tu minum kopi ala-ala kopi hipster."
"Kalau aku jadi cikgu kat sekolah ni. Tempat healing aku dari stres ngan anak murid & kerja adalah di kantin ini guys."
"Bangga awak yang masih muda dan sangat semangat membawa perubahan. Semoga dipermudahkan urusan awak."
"Impian saya dan mak saya juga macam ni, nak fight untk tender kantin matrik. Doakan kami berjaya macam awak."
Moga dapat memberi inspirasi buat semua anak muda.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.