5 info Bantuan Awal Persekolahan 2023, tanpa had pendapatan RM150 setiap murid legakan ibu ayah

A
A
A

SETIAP kali permulaan sesi persekolahan, banyak wang perlu dilaburkan oleh golongan ibu bapa untuk pelbagai bayaran dan pembelian keperluan anak-anak.

Berita baik bagi ibu bapa, melalui Bajet 2023 yang baru diumumkan, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bakal diagihkan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Ia diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.

"Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450," katanya.

Baca juga: Penempatan pendaftaran murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 kini boleh disemak

Berikut lima info penting berkaitan BAP ibu ayah perlu tahu:

1-BAP dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.

2-Jika dahulu bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada kalangan keluarga yang berpendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah, pada tahun hadapan ia diberikan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

3-Bantuan berkenaan akan mula disalurkan mulai Januari 2023.

Baca juga: Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya. Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Kredit foto: /photo/1" target="_blank" rel="noopener">Bernama

4-Peruntukan sebanyak RM825 juta disediakan pada tahun 2023 bertujuan meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah.

5-Bantuan tersebut akan diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak sekali gus meningkatkan tahap pendidikan ke arah lebih cemerlang dan memperbaiki taraf kehidupan pada masa hadapan.

Baca juga: Berita baik! BKM dinaikkan sehingga RM2,000 dalam Belanjawan 2023, 5 fakta wanita perlu tahu

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: /photo/1" target="_blank" rel="noopener">Bernama Radio

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca