IBU adalah golongan yang sering berhadapan dilema untuk kembali bekerja selepas bersalin.

Ada yang terpaksa melepaskan kerjaya demi membesarkan cahaya mata kerana tidak mampu menampung kos taska, pusat penjagaan bayi atau daycare yang tinggi. Perasaan serba salah timbul kerana adakalanya yuran penjagaan anak tidak setara dengan gaji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah penanganan isu rakyat di bawah galakan pekerjaan dengan pendapatan setimpal menyeru majikan agar mewujudkan taska di tempat kerja.

Baca juga: Raya sakan! Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023, RM700 untuk kakitangan awam, 5 info wanita perlu tahu

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Ia bagi memberi galakan kepada kaum wanita kembali bekerja selepas cuti bersalin.

Berikut 10 info ringkas perlu anda tahu:

1-Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja.

2-Dianggarkan lebih 130 ribu wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini melibatkan dana keseluruhan RM290 juta setahun.

3-Perdana Menteri menyeru majikan turut sama memainkan peranan untuk bertanggungjawab penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.

Kredit foto: Twitter Anwar Ibrahim

4-Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi.

5-Insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak dan kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.

6-Jika sambutan daripada majikan didapati kurang menggalakkan, keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut akan diteliti semula demi menyokong ibu yang bekerja.

7-Proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara akan dipermudah.

Baca juga: Anak lahir 2018, 2019 dan 2020 boleh mohon prasekolah KPM bermula 1 Mac, 10 info ibu-ibu perlu tahu

Iklan

8-Bajet RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu para pengusaha.

9-Beruntungnya penjawat awam, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.

9-Bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu.

Diharapkan dengan ini, taska di tempat kerja akan menjadi kenyataan. Profesionalisme wanita sememangnya patut diperkasa untuk turut menyumbang kepada keperluan industri yang menyokong ekonomi negara.

Semoga menjadi kenyataan!

Iklan

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.