Tuala wanita boleh menyebabkan kanser pangkal rahim? Ini penjelasan doktor

Iklan
Putus haid berisiko tinggi dapat penyakit jantung koronari termasuk mati mengejut, Dr Lim kongsi langkah pencegahan

Tuala wanita boleh menyebabkan kanser pangkal rahim? Ini penjelasan doktor

BETUL ke tuala wanita yang banyak dijual di pasaran sekarang tidak selamat dan boleh menyebabkan kanser?

Iklan
Iklan

Sejarah penggunaan tuala wanita bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari golongan biasa hanya menggunakan sebarang kain untuk menyerap darah haid mereka. Kain-kain itu dicuci dan kemudian digunakan semula.

Namun kini pada zaman serba moden ini, tuala wanita dicipta bagi memudahkan penggunaannya.

Iklan

Pelbagai jenis dan saiz boleh didapati di pasaran, wanita hanya pilih mana yang sesuai. Pun begitu adakah ia merbahaya dan boleh menyebabkan kanser?

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan setakat ini tiada kajian yang mengaitkan tuala wanita dengan kanser pangkal rahim.

Iklan

Baca juga Melewatkan solat tiba-tiba haid, perlukah qada? Info ini wanita perlu tahu

Antara dakwaan mereka adalah;

1. Dioksin

Proses pelunturan menggunakan bahan dioksin adalah lebih berbahaya. Walaupun kandungan bahan ini pada tuala wanita adalah rendah, ia masih berbahaya kerana kesan pengumpulan dioksin pada kulit ( di bahagian kemaluan) dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormone yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

2. Rayon

Selain daripada sphagnum dan kapas, rayon juga merupakan satu lagi polimer sintetik yang ditambah kepada tuala ini untuk meningkatkan keupayaan menyerap darah. Rayon juga mempunyai dioksin di dalamnya.

3. Racun perosak dan racun rumpai

Racun-racun ini disemburkan dan kekal berada pada tanaman kapas. Antara bahan-bahan yang berbahaya dan diharamkan yang didakwa ditemui dalam tuala wanita ialah octachlorinated dioksin (OCDD), hexachlorodibenzofuran (HxCDF) dan chlorodibenzofuran (OCDF).

Menurut Dr Zubaidi, itu semua dikaitkan dengan kesan-kesan seperti ketidaksuburan, gangguan hormon, kerosakan tiroid, diabetes, endometriosis dan kemurungan.

"Saya secara peribadi tidak yakin bahan-bahan ini boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara.

"Penyerapan bahan-bahan toksik yang berkepekatan rendah ini tidak memberikan kesan sampingan yang signifikan terhadap kesihatan seorang wanita.

"Namun saya tidak menafikan sebahagian kecil wanita yang sensitif, mungkin mengalami masalah dengan pemakaian tuala wanita yang komersial.

"Pun begitu, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembap kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria," ujarnya.

Baca juga 2 rahim, haid 2 kali sebulan, wanita ‘aneh’ kongsi uterine didelphys

Penggunaan tuala wanita untuk tempoh kurang empat jam

Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi empat jam) boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Staphylococcus Aureus dalam faraj.

Bakteria itu yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah.

Bahan toksin tersebut boleh menyebabkan kejatuhan menyebabkan masalah Toxic Shock Syndrome.

Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, pening, dan akhirnya boleh membawa maut.

Oleh kerana rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya.

Jadi masalah Toxic Shock Syndrome ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klinikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormone yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Tip penggunaan;

1. Bagi wanita yang terlalu bimbang dengan penggunaan tuala wanita moden yang dijual secara komersial, dicadangkan guna tuala wanita yang diperbuat daripada kain atau yang mengandungi herba yang dijual secara komersial.

2. Bagi hari-hari awal kedatangan haid, di mana banyak darah haid yang keluar, tempoh pengunaan dicadangkan tidak lebih dari empat jam kerana jumlah darah haid yang keluar mungkin terlalu banyak.

3. Bagi hari terakhir atau apabila darah haid yang keluar semakin sedikit, bolehlah menukarkannya setiap enam jam. Tukar sebelum tidur.

4. Jangan gunakan terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria.

5. Kebanyakan tuala wanita yang mengandungi herba dan dijual dengan pelbagai jenama biasanya mengandungi herba bagi tujuan melepaskan wap herba antiseptik untuk mengurangkan kuman yang menyebabkan keradangan dan kegatalan di sekitar kemaluan. Ia juga mungkin mengandungi herba dirumus khas untuk membuat kawasan tersebut berasa sejuk dan wanita itu berasa selesa.

Kesan herba pada tuala wanita itu tidaklah sehebat herba yang diambil sebagai minuman atau tablet/kapsul. Ini kesan dos herba yang ada pada tuala wanita adalah kecil dan penyerapannya melalui kulit di sekitar kemaluan adalah perlahan berbanding dengan herba yang dimakan atau diminum.

Baca juga Baby 54 hari maut diberi minum air herba, wanita kecewa tindakan keluarga

6. Oleh itu bagai wanita yang sering mengalami kegatalan dan ruam semasa menggunakan tuala wanita moden yang komersial, mungkin boleh menggunakan tuala wanita herba atau tuala wanita yang diperbuat dari kain kapas.

Jadi, penggunaan tuala wanita yang biasa dijual secara komersial di pasaraya telah cukup asalkan wanita itu memilih jenis tuala wanita yang sesuai dengan dirinya dan tidak menggunakannya dalam tempoh yang lama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.