2 rahim, haid 2 kali sebulan, wanita ‘aneh’ kongsi uterine didelphys

A
A
A

DUA rahim dan mengalami haid dua kali kali sebulan adalah antara perkara 'aneh' yang dialami wanita yang mengalami uterine didelphys.

Wanita lazimnya mempunyai satu rahim atau uterus dalam sistem reproduksi. Apabila mencapai usia baligh sekitar 9 hingga 12.5 tahun, menstruasi atau haid akan mula ‘menjengah’.

Sistem reproduksi wanita adalah keajaiban ciptaan ALLAH. Namun tidak semua kaum Hawa dilahirkan sempurna dengan organ yang normal.

Wujud segelintir daripada kita yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan hingga ada yang terpaksa bergantung kepada rawatan dan ubat-ubatan.

Namun seorang wanita di Amerika Syarikat, Leanne Bell, 37, yang mengalami masalah jarang berlaku iaitu uterine didelphys.

Baca juga: Hanya 14 di dunia, bayi senyum kekal ‘rare’ jadi TikToker

Menerusi WebMD, uterine didelphys turut dikenali sebagai double uterus atau dua rahim.

Ia adalah adalah keadaan yang jarang berlaku dan hanya dikesan terjadi kepada 1 hingga 0.5 peratus wanita di seluruh dunia.

Semasa kandungan berusia enam minggu hingga 22 minggu, organ reproduksi berkembang yang mana janin bayi perempuan mempunyai dua saluran yang dipanggil saluran Mullerian. Saluran ini bergabung dan membentuk satu organ berongga yang dipanggil rahim.

Dalam situasi uterine didelphys, saluran tersebut tidak bercantum dengan betul menyebabkan ia berkembang menjadi dua rahim. ‌

Pelik tetapi benar, segelintir wanita yang mengalami masalah ini juga mempunyai dua serviks atau dua bukaan pada faraj.

Keadaan itu dialami oleh Bell menerusi laman sosial TikTok.

”Saya dilahirkan dengan berapa organ terlebih iaitu rahim, serviks dan vagina. Saya perlu melalui ‘period’ sebanyak dua kali sebulan, menjalani ujian saringan pap smear berasingan sebanyak dua kali, memerlukan dua tampon sekali gus ketika haid,” katanya yang turut mengakui mengalami senggugut.

Baca juga: Wanita terpaksa buang rahim akibat ketumbuhan fibroid. Berikut fakta yang perlu kaum Hawa tahu

Gambar hiasan

Walaupun memiliki sistem reproduksi yang berbeza, Bell pernah mengandung. Namun kehamilan berisiko tinggi itu gagal bertahan kerana janin berkembang di luar rahim.

“Saya pernah hamil tetapi ia adalah kandungan ektopik. Hakikatnya, keadaan yang saya alami ini (uterine didelphys) membolehkan saya hamil dua bayi sekali gus,” katanya.

Keanehan itu hanya diketahuinya apabila ingin memasang alat perancang keluarga ketika berusia 28 tahun.

Bell yang merupakan seorang model terkejut apabila doktor mendapati dia mempunyai dua rahim. Keanehan itu disahkan melalui ujian ultrasound.

"Ketika itu mereka tidak dapat memasang alat dalam rahim (IUD). Keadaan sistem reproduksi saya tidak membolehkan saya menggunakan alat itu,” katanya kepada Mirror UK.

Sebelum disahkan mengalami uterus didelphys pada 2013, Bell sudah berjumpa lima orang doktor untuk ujian pap smear tetapi semuanya terlepas satu lagi bahagian serviksnya.

Baca juga: Bukan lagi wanita menopaus, kaum hawa bawah umur 50 tahun dikesan hidap kanser rahim. Ini punca-puncanya

Gambar hiasan

Wanita itu mengaku mula merasakan sesuatu yang berbeza semasa ‘datang bulan’. Tidak cukup satu tampon untuk menahan darah haid, dia perlu menggunakan dua tampon sekali gus.

Pun begitu, Bell tidak mahu melakukan pembedahan untuk memperbetulkan rahimnya iaitu dengan mengeluarkan bahagian septum. Dia merasakan uterine didelphys adalah sesuatu yang istimewa.

Menurut WebMD, punca terine didelphys tidak dapat dijelaskan tetapi ia dikaitkan dengan beberapa keadaan genetik.‌

Sesetengah bayi yang memiliki satu buah pinggang boleh mempunyai organ reproduksi yang tidak teratur.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang