Sekali gosok, semua pakaian cantik, licin. Ini cara paling mudah tak perlu beli seterika baharu
MAHU menggosok baju yang banyak dengan pantas, sebenarnya memerlukan usaha yang lebih.
Apatah lagi, jenis kain yang tebal atau kusut keterlaluan yang memerlukan tujahan seterika beberapa kali.
Kadang-kadang, kerja menyeterika baju ini boleh bikin ramai stres. Lebih-lebih lagi bila baju digosok ‘tidak beri kerjasama’ yang baik.
Bagi mereka yang belum ada bajet lebih untuk membeli saterika stim yang tengah viral tu, apa kata cuba tip yang dikongsikan pemilik akaun TikTok, @Julespitch.
Video pendek berdurasi 15 saat yang dikongsikan wanita kreatif itu, setakat ini menerima lebih 53,800 tanda suka dan lebih 780,000 tontonan.
Hanya guna dua bahan saja sudah memadai iaitu aluminium foil dan pelapik papan penggosok. [BELI DI SINI]
Cara yang dikongsikan seperti berikut:
i) Buka alas papan penggosok terlebih dahulu.
ii) Letak aluminium foil atas papan penggosok dan lipat dengan kemas.
iii) Kemudian, pasang semula pelapik papan penggosok.
iv) Siap untuk digunakan.
Baca juga Kotoran baju putih boleh dirawat dengan cuka? Menarik! Ketahui 7 tip penjagaannya
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut bersetuju dengan kaedah menjimatkan berkenaan.
Berikut antara komen pengguna:
Memang bagus, boleh cuba ni.
100 peratus! My mom ajar macam ni daripada kita orang kecil. Senang gila nak gosok baju and kemas gila.
Pernah buat masa study, memang jadi panas betul.
Ada juga yang mencadangkan copper sheet untuk hasil lebih pantas.
Memang menjadi, iron baju sekolah anak senang.
Ramai yang berterima kasih dengan idea tersebut, malah kerja menggosok baju berbakul-bakul diharapkan menjadi lebih pantas.
Pun demikian, ada juga yang berkongsikan pandangan cara tersebut boleh menghasilkan tenaga kinetik.
Terdapat komen yang mendakwa stail sedemikian tidak selamat.
Apa pula pandangan kalian? Mungkin perlu berhati-hati untuk menggunakan teknik tersebut kerana papan akan jadi panas dengan cepat.
Baca juga Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun
Lagi satu, pastikan cara pemasangan aluminium foil pada kedudukan yang betul ya supaya panasnya sekata.
Mungkin ada kaedah mudah lain yang boleh anda kongsikan di ruang komen kami. Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi