ANTARA pakaian yang paling selesa dipakai oleh orang ramai adalah baju t-shirt. Sesetengah daripada kita yang mempunyai baju ‘fav’ pasti akan memakai baju tersebut berkali-kali sehingga rasa leher baju menggelebeh dan buat anda nampak tidak kemas.

Jadi, terdapat solusi untuk anda memperbaiki masalah ini dan menjadikan baju tersebut kembali baru. Jom ikut tip daripada pakar dobi Jepun ini!

Bahan yang diperlukan:

  • Kiub ais
  • Seterika
  • Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T

Langkah-langkah:

1. Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi ais kiub.

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

2. Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

3. Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak.

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

 

4. Seterusnya, seterika bahagian leher baju atau neckline menghala ke atas baju.

Iklan

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

5. Letakkan T-Shirt pada permukaan rata sehingga kering.

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

Iklan

6. Siap! Nampak tak leher baju dah macam baru. Tak ada gelebeh-gelebeh.

Cara ‘Repair’ Leher Baju T-Shirt Kembang Dari Pakar Dobi Jepun

Mudah je kan langkah-langkah, saya jamin di semua rumah pasti ada ais kan. Jadi dalam tempoh kawalan pergerakan ini bolehlah cuba!

Sumber: Teeper/Siraplimau/Unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif