'Kalau pukul bawah sikit memang dah tak ada.' Ini senjata suspek serang Kamal Adli, Uqasha rahsiakan lokasi demi keselamatan

Iklan
1

PELAKON Kamal Adli menjadi perhatian ramai selepas menjadi mangsa dipukul seorang lelaki ketika berada di Singapura baru-baru ini.

Isterinya, Uqasha Senrose menerusi laman sosial Instagram mengingatkan diri dan orang ramai agar berhati-hati serta tidak mahu perkara itu mengeruhkan hubungan antara Singapura dan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kes ini tiada kena mengena dengan rakyat Singapura, jangan salahkan seorang manusia tapi satu negara kena, jangan begitu. Malang itu tidak berbau, ia boleh jadi dekat mana-mana.

Iklan

 

Iklan

Baca juga: Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

Pelakon Paku Pontianak dan Isteri Halal itu meminta orang ramai tidak mengaitkan individu yang memukul Kamal dengan rakyat Malaysia atau Singapura.

"Saya harap jangan ada orang Malaysia atau Singapura yang bergaduh sesama kita.

"Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, bukan orang Singapura yang jahat tetapi sikap manusia itu sendiri. Jangan bermusuh antara kita.

"Sama-sama nak cari rezeki, orang Malaysia datang Singapura untuk cari rezeki dan orang Singapura datang Malaysia untuk cari rezeki,” tambahnya.

Dalam pada itu, Uqasha juga menjelaskan keadaan suaminya kini yang sudah sedar selepas menjalani pembedahan. Beliau bersyukur individu berkenaan berkemungkinan tersalah sasaran pada bahagian kepala Kamal.

"Polis minta saya dan famili untuk tidak dedahkan di mana kami berada sekarang. Biar polis buat siasatan terlebih dahulu. Sebab kejadian ini telah jadi kes polis dan akan masuk mahkamah,” tambahnya.

Baca juga: 'Mungkin bukan rezeki lagi.' Uqasha sebak kongsi diuji 2 kali keguguran, 6 info wanita perlu tahu

Menerusi Insta Story, Uqasha berkongsi gambar senjata yang digunakan individu terbabit.

Warga maya dan selebriti meluahkan simpati dengan kejadian yang menimpa pasangan ini dan mendoakan keselamatan dan kesembuhan.

Sementara itu Polis Singapura (SPF) mendedahkan seorang lelaki berusia 33-tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana"disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.”

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Baca juga: Sasaran baharu Kamal Adli

Sumber: Instagram uqashasenrose2,Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi