Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai

Iklan
sinarplus (3)

MAHKAMAH Syariah akhirnya meluluskan tuntutan fasakh, wanita yang koma akibat penderaan suami, Jahidah Nordin akhirnya bercerai.

Adiknya, Fauziah Nordin, 41, menyampaikan berita itu di dalam hantaran laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah. Tuan Hakim sahkan tuntutan cerai fasakh Kak Jahidah hari ni .

"Kakak Jahidah bukan lagi isteri. Terima kasih Ya ALLAH. Alhamdulillah cerai," titipnya.

Iklan

Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

Iklan

Keputusan itu dibuat secara tertutup oleh Hakim, Hamizan Mohd Nor selepas mempertimbangkan keterangan secara bertulis yang dibuat oleh Fauziah.

Terdahulu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.

Kata Fauziah, keputusan berkenaan  dinanti-nanti oleh keluarga mereka memandangkan keadaan kakaknya sudah sakit terlantar hampir dua tahun.

Baca juga: Ibu ibu, adik datang ni.- Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!

Kes 'belasah' Jahidah menjadi perhatian seluruh negara pada tahun 2021. Ketika diperlakukan dengan kejam pada 4 Mei 2021 Jahidah sedang mengandung enam minggu.

Selepas insiden berdarah di Blok B, Scott Tower, Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru itu, Jahidah mengalami kecederaan parah pada kepala sehingga sebahagian tempurung kepala terpaksa dibuang akibat pendarahan.

Dimaklumkan, rahang, tulang belakang dan rusuknya juga retak dipercayai dipukul lelaki terbabit.

Baca juga: Lancar Tabung kasih, Sufian bantu mangsa keganasan rumah tangga

Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki bernama J Ehsan Nufail secara pembedahan caesarean pada November 2021 dalam keadaan koma.

Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Baca juga: Suami enggan lafaz talak, adakah selamanya isteri tidak akan dapat bercerai? 20 info wanita perlu tahu

Sumber: Facebook Fauziah Nordin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi