SUAMI enggan melafazkan talak, adakah perceraian tidak akan berlaku? Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang persoalan mengenai hal ini.

Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Perceraian yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.

Hakikatnya tidak begitu, lafaz talak oleh suami hanyalah salah satu daripada cara bercerai. Ada beberapa cara isteri boleh berpisah, walaupun enggan melafazkannya.

Baca juga:Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Baca juga: Ini maksud menghina mahkamah, Puteri Sarah dibenar mula prosiding terhadap Ira Kazar dan keluarga

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Jika suami tidak mahu melafazkan talak dan jika si isteri telah nekad tidak mahu hidup sebagai suami isteri lagi, maka wanita berkenaan bolehlah melakukan dua perkara berikut:

1) Menuntut fasakh

Penceraian fasakh atau (pembubaran perkahwinan) di Mahkamah Syariah. Menurut Jabatan Bantuan Guaman, seorang isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh kepada Mahkamah atas alasan seperti yang berikut, bergantung pada negeri tempat tinggal:

(a) Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada setahun;

(b) Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak selama tempoh tiga bulan;

(c) Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

(d) Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

(e) Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

(f) Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

(g) Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu.

(h) Suami menganiayanya iaitu seperti berikut:

i- Menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

ii-Berkawan dengan perempuan- perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak; atau

iii- Cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

iv- Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

v-Menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan atau amalan agama; atau

vi- Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri berkenaan dengan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syarak; atau

vii- Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

viii-Isteri yang bercerai melalui penceraian fasakh tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan jika didahului dengan akad nikah yang baru.

Iklan

Baca juga: #SiBibirMerah: Setia lelaki teruji bila miliki segala. Orang ketiga jangan bina bahagia atas derita wanita lain

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

2) Memohon pensabitan cerai taklik

Isteri isteri juga boleh memohon pensabitan cerai takik. Bagi prosedur ini wanita harus kemukakan bukti bahawa suaminya telah melanggar salah satu atau lebih dari syarat taklik cerai.

(a)Maksud cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah

(b)Pada lazimnya, taklik tersebut menyebut antara lain sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya; atau

(c) Sekiranya suami memukul atau mendera atau mendatangkan mudarat kepada isterinya isteri yang ditinggalkan atau dicederakan seperti di atas boleh mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan tempat tinggalnya.

(d) Sekiranya pengaduan itu sabit dan disahkan oleh mahkamah, maka terjadilah perceraian secara taklik.

(e)Isteri yang bercerai melalui taklik tidak boleh kembali atau rujuk kepada pernikahannya yang dahulu melainkan dengan suatu akad nikah yang baru.

Iklan

Kredit foto utama: Freepik

Baca juga: Mengganggu rumahtangga orang satu jenayah. Peguam syarie ini dedah hukuman penjara yang ramai tidak tahu!

Sumber: Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.