DEMAM dan selesema bukan biasa-biasa bagi kanak-kanak. Ibu ayah perlu peka 10 tanda kecemasan ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini.
Antibodi yang masih lemah dan pendedahan kepada persekitaran membuatkan kanak-kanak dan bayi bawah usia setahun mudah mengalaminya.
Sekarang musim demam, ibu ayah perlu sentiasa check suhu badan anak. Pantau dan perhatikan tanda- tanda demam yang meragukan.
Demam dan gejala selesema memang biasa berlaku pada kanak kanak. Ia selalu berpunca daripada jangkitan virus. Kebiasaanya ia tidak serius dan boleh sembuh selepas beberapa hari.
Baca juga: [VIDEO]Letak tuala basah atas kepala anak demam berisiko sawan, doktor dedah cara betul
Elakkan berada di luar rumah dan tempat awam. Duduk di rumah dan buat apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak.
Tapi anda jangan sesekali leka! Public Health Malaysia berkongsi panduan yang menandakan situasi kecemasan bagi bayi dan kanak-kanak dan memerlukan rawatan segera.
1-Lesu dan tiada respons.
2-Tingkah laku luar biasa.
3-Demam tinggi berterusan.
4-Gejala batuk dan sesak nafas semakin teruk.
5-Tumbuh ruam.
6-Kulit kelihatan pucat dan kebiru-biruan.
7-Sesak nafas.
8-Tidak makan.
9-Tiada air mata apabila menangis.
10-Tidak kencing
Baca juga: Ramai pesakit masuk hospital demam panas, ini pesan doktor untuk ibu ayah bila anak sakit
Tindakan awal anda boleh menyelamatkan anak nyawa dan pelbagai gejala seperti sawan, dehidrasi yang teruk dan halusinasi. Cepat bertindak ya!
Sumber: Public Health, MyHealth
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.