APABILA kanak-kanak mengalami demam, ibu bapalah orang yang paling tak keruan.

Mana tidaknya, melihat anak merengek dan suhu yang tinggi sangat merisaukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya di klinik, sudah menjadi kebiasaan sesetengah ibu bapa ‘menempek’ tuala basah di dahi dan kepala anak ketika suhu meningkat.

Namun sebenarnya tindakan tersebut salah dan boleh mengundang bahaya, anak berisiko terkena sawan!

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mansor Ramli menjelaskan tentang cara dan kaedah jerlum kepada anak-anak dengan betul ketika demam.

Ujarnya, tidak digalakkan memakai tuala kerana ia memerangkap haba dan menghalang suhu panas daripada keluar.

Selain itu, beliau turut menerangkan dalam bentuk analogi seperti situasi periuk nasi yang memiliki haba di bahagian bawah penutup.

“Sama macam periuk nasi dan dalam situasi tuala basah ini, haba di bawah tuala akan terus terperangkap dan rasa panas itu umpama gagal dilepaskan.

“Boleh lakukan cara lain termasuk sapukan air secara terus ke kepala, leher dan juga ketiak, elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak-anak tidak menggigil,” katanya.

Risiko tersekat di kerongkong, awas biarkan kanak-kanak memberus gigi!

Ujar Dr Mansor lanjut, apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan anak-anak terkena sawan.

Iklan

“Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik.

“Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap lima minit hanya menggunakan tangan,” katanya lagi.

Baca juga Imbasan suhu badan di premis, sekolah kini dimansuh, ini 7 perkara perlu tahu

Tambah beliau, selalunya kaedah menggunakan tuala basah ini tidak bertahan lama dan sering ditepis serta dibuang oleh anak-anak kerana mereka kurang selesa.

“Paling berkesan untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan jerlum air di kepala anak guna tangan, sudah tentu anak tak boleh tepis,” ujarnya.

Tambah Dr Mansor lagi, usah kelam kabut untuk memandikan anak ketika demam.

“Bila boleh mandi? Bila kepada sudah dijerlum, ubat pun sudah dimakan, dua jam selepas itu, badan sudah sejuk dan suhu kembali kepada normal baru boleh mandi,” ujarnya.

Baca juga Mulut berbuih, muka kemerahan selepas ibu sapu minyak angin pada hidung bayinya. Ini yang berlaku selepas itu

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Ada yang baru tahu tentang kesan sampingan kaedah tersebut.

Iklan

Kepada ibu bapa, sila ambil cakna kaedah yang sebetulnya untuk mengawal suhu demam anak ya!

@klinikttdi_sgbesi Reply to @nur_zara59 tips by @drman.ttdi #klinikttdisgbesi #fyp #fypシ #hidupsihatpilihankita #lakefieldsgbesi ♬ original sound – KLINIKTTDI_SGBESI