Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi
RAMADAN bakal menjelma. Bagi ibu-ibu, pada bulan mulia itu juadah bersahur dan berbuka adalah antara keutamaan untuk disediakan buat keluarga.
Yelah, pasti ibu inginkan yang terbaik buat suami dan anak-anak kan! Ramadan setahun sekali, masak sendiri lagi nikmat.
Pun begitu, ibu-ibu tak perlu pening kepala untuk mencari menu buat sajian setiap hari kerana pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil lagi berkongsi resipi pada tahun ini.
Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini sentiasa menjadi inspirasi semua golongan.
Sempena tahun keenamnya menyediakan resepi juadah berbuka di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah tampil berkongsi transisi content masakannya dari awal penglibatannya dalam bidang memasak ini.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi sebuah hantaran di TikTok.
"Korang ingat lagi tak sudu kayu yang saya guna untuk shoot video masak ni? Enam tahun lepas saya shoot video masak puasa kat atas lantai. Dia okay, cuma sakit belakang sikitlah.
"Lepastu saya pindah shoot kat atas dapur, tapi masa tu tak ada lampu yang proper. So nampak gelap, suram dan tak cantik. Then, kita shoot dekat luar jauh lagi cantik tapi saya panas dan berpeluh.
"So saya invest beli lampu studio satu letak dekat dapur terus video masak tu nampak cantik warna dia. Greenscreen pun sama," katanya.
Menurut Khairul, dia tidak pernah meninggalkan sudu kayunya yang sudah menjadi simbolik di dalam setiap video masakannya.
Selepas memperolehi pelbagai pencapaian, pempengaruh itu bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya membuka sebuah video memasak untuk perkongsiannya akan datang.
"Lepastu kita launch sambal Nyet saya bawa juga sudu kayu ni pergi sekali memang saya tak tinggal sampailah saya decide pindah ke rumah baru.
"Saya set up satu studio masak kecil kat dalam bilik tidur. Tapi studio tu dah tak ada kita dah pindah ke tempat yang baru dan Alhamdulillah kitadah ada studio yang lagi besar dan selesa sekarang.
"Saya macam tak percaya enam tahun lepas kita shoot video masak kat atas lantai tapi sekarang kita dah ada tempat yang jauh lagi selesa," jelasnya.
Dalam perkongsian tersebut, Khairul turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa menyokongnya.
"Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada sudu kayu ni sebab setia daripada dulu dan terima kasih juga kepada korang semua di luar sana.
"Akhir kata, selamat datang ke 30 hari 30 resepi tahun ke enam," katanya.
Wah nampaknya memang senanglah ibu-ibu nak dapatkan idea sediakan juadah sepanjang Ramadan ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.