KHAIRUL Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini yang menjadi inspirasi semua golongan. Sempena ulang tahun kedua perniagaan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi perjalanan beliau menjual sambal ciptaannya, Sambal Nyet Berapi.

Lebih manis lagi, tidak hanya menjual 1.5 juta botol dalam masa dua tahun, syarikatnya itu menerima dua anugerah daripada platform jualan online iaitu Shopee iaitu Best New Seller Award dan Best Customer Service Award.

“Selepas genap dua tahun beroperasi, alhamdulillah hari ini total jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah RM21.5 juta.

“Kita juga baru terima award untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari,” kongsinya.

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita

Lebih membanggakan, dedahnya jualan sambal 2021 berjumlah RM7.5 juta meningkat hampir 100 peratus pada 2022 iaitu RM14 juta.

Usahawan sambal yang memiliki dua buah kilang di Kota Bharu, Kelantan itu mendedahkan langkah demi langkah proses penghasilan sambal yang menggunakan teknologi terkini sekali gus menjaga kualiti produk untuk pelanggannya.

Bekas jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering dari Vanderbilt University di Amerika Syarikat ini berkongsi setiap hari sebanyak lebih 1,000 kilogram cili serta bawang digunakan untuk menghasilkan sambal.

1-Bahan-bahan akan diperiksa (quality control-QC) one by one, semuanya segar dan ok. Kemudian barulah disimpan ke dalam cold storage room.

2-Keesokan paginya team kitchen akan keluarkan dan melakukan proses timbang dan cuci supaya bebas daripada kotoran.

3-Kemudian baru dimasak. Ia memakan masa beberapa jam supaya sambal betul-betul masak sebelum dipindahkan ke bahagian pembotolan (bottling).

Baca juga: ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

4-Sambal kemudian akan dibotolkan menggunakan botol kaca dan ditutup.

5-Sambal kemudian dibawa ke bahagian boiler di mana Sambal Nyet akan dilalukan ke dalam boiler panjang dan lebar yang telah ditempah khas.

6-Kemudian penutup botol sambal akan dilekatkan atau ‘seal’ dan label menggunakan mesin.

 

7-Menurut Khairul Aming, biarpun proses dilakukan oleh mesin, pihaknya tetap melakukan pemeriksaan kualiti untuk memastikan produk dalam keadaan baik sebelum dipindahkan ke Jabatan Pembungkusan.

8-”Sebenarnya jualan bermula dari pagi lagi. Kita buat jualan dan apabila you guys order sambal, team packaging akan balut sambal. Setiap hari kami jual lebih kurang 5,000 botol,” katanya.

9-Setiap pembungkusan parcel akan mengambil masa selama satu minit lima saat.

10-Katanya pihak kurier akan bersedia di kilang sepanjang hari. Setiap parcel akan diimbas dan dihantar kepada pelanggan (client) pada hari yang sama.

Baca juga: Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan

“Inilah method yang kami guna dari dua tahun lepas dan dapat
Best Customer Service Award tu,” kongsi anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu.

Pempengaruh laman sosial itu turut berkongsi perancangan 2023. Kilang kedua sudahpun beroperasi sepenuhnya dan Khairul Aming bersedia untuk memfokuskan kepada produk kedua.

Tidak hanya bijak mengatur strategi, Khairul Aming juga majikan yang mementingkan para pekerja dan memberikan ganjaran kepada mereka.

Malah beliau juga mula bergerak menghadiri acara untuk mengembangkan perniagaan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Iklan

“I am so happy and grateful. Sebenarnya banyak liku-liku yang dihadapi. Bermula dari bawah tapi saya gembira sebab cabaran ini yang membuatkan kita lebih maju pada masa hadapan.

“Terima kasih kepada my team yang sangat supportive. Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong kami dari hari pertama lagi, membeli sebotol sambal dinamakan Sambal Nyet Berapi.

Baca juga: #SiBibirMerah: Khairul Aming sumber inspirasi bisnes, 25,000 botol sambal Nyet habis terjual sehari

Pempengaruh yang terkenal dengan video masakan yang tular terutama ketika bulan Ramadan itu memberikan inspirasi kepada anak muda. Warganet rata-rata teruja dengan kejayaan dan semangat beliau.

Ujar mereka:

– “I’m impressed! Keep up the good work @khairulaming.”

– “Tahniah semoga terus maju dalam perniagaan..”

– “The struggle is real and so is the success. Congratulations to you and the team. Here’s to many more!”

– “A success story..…”

Iklan

– “Alhamdulillah. Tahniah KA. Semoga terus maju jaya.”

– “Bergenang air mata tengok. Impressive sungguh! Congratulations, moga maju dan maju lagi insya-ALLAH.”

– “Untung RM21 juta pun tapi tak penah tengok KA payung gambar Lambo, Ferrari, Alphard, beg Gucci atau Prada kan?”

– “Hard work paid off. Hats off bro KA!!”

Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Sumber: Twitter Khairul Aming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.