Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada? Ini jawapan agamawan

Iklan
Salah faham dalam agama

UMUM mengetahui solat adalah malan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat. Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam.

Solat merupakan adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Demikian betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang Muslim.

Iklan
Iklan

Pada bulan puasa ini, timbul persoalan apakah hukumnya jika seseorang melakukan solat sunat tarawih tetapi dalam masa sama dia mempunyai solat-solat fardu yang pernah ditinggalkannya satu masa dahulu.

Iklan

Baca juga: Nak tahu solat diterima atau tidak…Ini antara tanda-tandanya

Iklan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjawab persoalan ini sekali gus memberikan pencerahan seperti berikut:

1-Pertama, solat-solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan dengan segera apabila teringat dan tidak boleh untuk melengah-lengahkannya.

3-Oleh itu, jika sekiranya seseorang mempunyai solat-solat fardu yang perlu diqada, maka dia perlulah menggantikannya terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain, termasuklah solat sunat tarawih.

Baca juga: Tinggalkan atau tak solat langsung, ramai yang tak pandang ini sebagai jenayah, padahal...

4-Hal ini kerana ibadah yang wajib adalah lebih utama dan didahulukan berbanding ibadah sunat dan selainnya.

5-Wanita perlu tahu ibadah yang wajib adalah diutamakan dan didahulukan berbanding perbuatan yang lain termasuklah perbuatan sunat.

6-Solat-solat fardu yang ditinggalkan bukan disebabkan keuzuran syarie dan belum diqada diibaratkan sebagai hutangnya kepada ALLAH SWT dan perlu segera digantikan apabila teringat dan tidak boleh melengah-lengahkannya.

Baca juga: Berpuluh-puluh tahun solat, tapi tak diterima. Ini sebabnya yang wajib kita ambil tahu

Moga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.