Pening tak tahu nak buka apa hari ini? Ini 5 destinasi bazar Ramadan tawarkan menu mengiurkan dan berbaloi

Iklan
Sinarplus buletin Istimewa Ramadan

Pening tak tahu nak buka apa hari ini? Ini 5 destinasi bazar Ramadan tawarkan menu mengiurkan dan berbaloi

MEMANG bersemangat anak-anak nak berpuasa kalau ada disediakan ganjaran menarik buat mereka.

Iklan
Iklan

Cukup sekadar sajian kegemaran, sama ada masak sendiri atau beli di bazar Ramadan berhampiran rumah sudah memadai.

Bila bercakap soal bazar Ramadan, mesti kalian sudah usha beberapa tempat yang sesuai untuk disinggahi bermula semalam.

Iklan

Bukan apa, kadang-kadang menu favourite yang kita pernah beli di tempat sama pada tahun lepas, sudah tak da. Mungkin mereka berubah ke lokasi lain pula atau dah tak berniaga langsung.

Boleh dikatakan macam-macam ada di bazar termasuklah Nasi Kandar Tersandaq, Mee Sotong Mami Jarum, kambing bakar dan meatball ala Ikea pun ada.

Iklan

Memang buat ramai terliurlah.

Tak cukup dengan itu, banyak lagi kulinari enak menanti anda semua yang mungkin tiada idea nak buka apa pada hari ini.

Boleh rambang mata dibuatnya kalau pergi ke bazar Ramadan, lebih-lebih lagi bawa anak-anak. Mesti semuanya nak dibeli.

Carian SinarPlus mendapati, bazar sekitar Shah Alam, Denai Alam, Setia Alam, Selangor juga tak kurang hebat dengan pelbagai sajian mengiurkan.

Berikut informasi menarik:

1. Nasi Kandaq Tersandaq

Alamat: Bazar Ramadan Seksyen 28, Taman Alam Megah, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam

Tarikh operasi: Bermula 23 Mac 2023

Harga: RM8.80 dan ke atas

Baca juga Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

2. Mee Sotong Mami Jarum

Alamat: Bazar Ramadan Seksyen 13, Tapak letak kereta Stadium Shah Alam

Waktu operasi: Bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam

Tarikh operasi: Bermula 23 Mac 2023

Harga: Bermula RM6

3. Nasi Beriani Ayam Berempah

Alamat: Bazar Ramadan Setia Alam, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, Shah Alam

Waktu operasi: Bermula jam 4 petang hingga 7.30 malam

Tarikh operasi: Bermula 23 Mac 2023

Harga: Bermula RM9

Baca juga 10 bazar Ramadan terbaik di Selangor wajib singgah, nombor 1 memang legend

4. Kambing Bakar dan Meatball Pedot Barbeque Grill

Alamat: Bazar Ramadan Bukit Jelutong, Jalan Pelapik, Bukit Jelutong, Shah Alam

Waktu operasi: Bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam

Tarikh operasi: Bermula 23 Mac 2023

Harga: Bermula RM15 untuk set kambing bakar

Baca juga Cara Buat Murtabak Ayam Homemade Sedap Ala Bazar

5. Murtabak Ngosek

Alamat: Bazar Ramadan Seksyen 19/D, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam

Tarikh operasi: Bermula 23 Mac 2023

Menu signatur: Murtabak Ngosek (ayam dan daging)

Harga: Bermula RM4.50

Facebook: Murtabak Ngosek KB-Seksyen 19

Untuk info lanjut, kalian boleh baca Newsletter SinarPlus ya! Percuma jer dan banyak diskaun menarik wajib direbut.

Jika anda mempunyai tempat yang lagi best dan murah, boleh kongsikan di ruang komen kami.

Selamat berpuasa semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.