Perut tak selesa selepas berbuka, ini tip elak kembung, point nombor 3 ramai buat
BULAN Ramadan adalah bulan yang penuh berkah. Setiap amal ibadah yang dilakukan berlipat ganda nilai pahalanya.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat.
Namun begitu bagi sesetengah individu, berbuka puasa akan menyebabkan dia rasa tidak selesa.
Ada antara mereka yang merasa sakit perut selepas berbuka puasa. Adakah itu tidak normal atau petanda penyakit?
Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar.
Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Jadi, ini caranyanya bagi mengelakkan kembung perut selepas berbuka;
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang.
- Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat Maghrib dan terawih.
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas.
- Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya.
- Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh.
- Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa.
- Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
Baca juga Sejuk perut ibu mengandung, tiga beradik tempa sejarah terima PhD serentak
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.
- Berpada-padalah apabila berbuka puasa. Jangan tamak haloba, nikmatilah makanan sebaiknya dan yang paling penting elakkan pembaziran
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.