Ikan buntal goreng santapan terakhir, wanita maut, suami di ICU, 10 perkara ini perlu waspada bahaya racunnya
IKAN buntal atau nama saintifiknya Tetraodontidae ialah sememangnya banyak dijumpai di negara kita. Sekilas nampak sangatlah comel, walaupun selepas mengembang. Namun ramai juga yang gerun akan racunnya yang boleh mengakibatkan kematian.
Walaupun begitu ikan buntal punyai peminat sendiri. Baru-baru ini sepasang suami isteri mengalami keracunan akibat memakan ikan buntal ketika pertama kali memakannya.
Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!
Wanita berkenaan dan suaminya menikmati ikan buntal goreng dibeli daripada penjual secara pra tempahan melalui Facebook. Beliau terlebih dahulu mengalami gejala sesak nafasdan menggigil pada jam 3 petang dan dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) oleh anaknya.
Kira-kira sejam kemudian suaminya pula mengalami gejala sama. Si isteri meninggal dunia pada jam 7 malam manakala suaminya masih dirawat di ICU.
[caption id="attachment_110276" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]
Menerusi siasatan, ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat, Johor.
Difahamkan sebanyak 15 kilogram ikan sudah dijual masing-masing kepada empat pelanggan di Chamek dan Paloh dan seorang di Yong Peng pada hari yang sama namun pelanggan lain belum memakan ikan buntal itu.
Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat sudah mengambil sampel ikan itu daripada pelanggan yang dibeli dari penjual berkenaan untuk dihantar ke makmal bagi dianalisis.
10 FAKTA IKAN BUNTAL
Secara umumnya, terdapat banyak hidupan marin yang beracun. Ada spesies ikan beracun menjadi makanan di sesetengah tempat dan salah satunya adalah ikan buntal. Berikut 10 fakta berkenaan ikan ini:
1- Ikan buntal adalah sejenis ikan tropika yang berada dalam perairan sungai, tasik dan laut. Ia mempunyai keunikan tersendiri iaitu berkebolehan mengapungkan diri melalui pengelembungan udara di dalam paru-parunya.
2-Sebagai contoh, ikan buntal kuning yang banyak terdapat di Sarawak terutama di sungai Saribas dan Betong hinggakan pesta ikan buntal yang diadakan setiap tahun yang menjadi tarikan pelancong Sarawak.
3-Ia juga dikenali dengan nama blow fish, puffer fish, balloon fish dan globe fish, kerana ikan buntal boleh mengembung menyerupai bentuk bentuk bola untuk melindungi dirinya daripada ikan pemangsa. Ikan buntal akan mengisi perut elastiknya dengan jumlah besar air atau udara.
4-Ketika tubuh ikan buntal dalam keadaan mengembunng, ukurannya akan meningkat dua atau tiga kali ganda daripada saiz asal Sesetengah spesies ikan buntal mempunyai duri pada kulitnya untuk melindungi diri daripada ikan pemangsa.
Baca juga: Ibu kongsi bahaya Sindrom Hair Tourniquet jari bayi terlilit, bengkak
[caption id="attachment_110277" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
6-Di Malaysia, terdapat lebih daripada 50 spesies ikan buntal. Kebanyakan ikan buntal mengandungi bahan beracun yang digelar tetradotoksin (TTX) yang menjadikan ia berbau busuk dan berpotensi membawa maut kepada ikan lain. Ada di antaranya mudah disalah anggap sebagai ikan biasa yang boleh dimakan. Sebagai contoh ikan buntal kerisi yang fizikalnya menyerupai ikan kerisi.
7-Antara gejala awal keracunan TTX ini adalah mual, muntah-muntah,
rasa kebas dalam rongga mulut. Seterusnya, pesakit akan mengalami kelumpuhan seluruh anggota badan, sesak nafas dan akhirnya boleh membawa maut.
8- Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ikan buntal terdapat racuntetradotoksin yang menyerang saraf dan menyarankan orang ramai tidak memakannya jika yakin ia tidak selamat.
9- Racun TTX yang sangat bahaya itu terdapat di dalam telur (ovari), hempedu, hati, usus dan kulit ikan buntal.
10-Walaupun ada bahagian ikan itu yang tidak bahaya, racun tetrodotoxin boleh mencemari ikan buntal sekiranya semasa proses menyiang sekiranya bahagian tersebut terluka atau terpotong. Racun tersebut boleh menyebabkan kelumpuhan otot penting seperti otot pernafasan yang berisiko membawa maut.
Baca juga: Rupa macam cendawan biasa, namun jangan sampai termakan jenis beracun
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Pusat Racun Negara, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.