PELAKON Pachara Apin, isteri kepada aktor Afiq Muiz mengemukakan permohonan tuntutan fasakh hari ini selepas mendakwa telah digantung tak bertali sejak Mei 2021.
Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya diwakili peguam Suriati Abdul Ghani ditemui media di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Tuntutan berkenaan dibuat disebabkan oleh Afiq tidak memberikan kerjasama dalam tuntutan penceraian pada bulan Ogos 2022.
Baca juga: Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai
Kata Pachara, suaminya itu ada membuat laporan polis mengatakan beliau memfitnah namun enggan mengulas lanjut..
Peguam Pachara, Suriati mendedahkan Afiq menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang alamat atau lokasi kediaman. Setiap sebutan kes juga tidak dihadiri oleh pelakon itu.
"Sebelum ini kita sudah failkan kes dengan cara baik. Pada Ogos 2022 kita cuba sampaikan saman itu kepada defendan tetapi diberitahu carilah dia. Kami tidak diberikan alamat.
"Memang kami tak tahu alamatnya, banyak tempat kami cuba cari tetapi tak dapat sampaikan. Kes Seksyen 47 ini surat perlu sampai ke tangannya, jika tidak kes tidak boleh berjalan. Jadi kami terpaksa pinda kepada fasakh," katanya.
Baca juga: Ikatan perkahwinan tidak terlerai sendiri melainkan dengan kematian - Peguam Syarie
Pachara ibarat ‘gantung tidak bertali’ sejak Mei 2021 sehinggalah ke hari ini selepas Afiq dikatakan hilang tanpa khabar berita tidak memberi nafkah zahir mahupun batin.
Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 6 April ini. Pachara difahamkan akan hadir bersama saksi bagi sebutan semula kes itu.
Pada Disember 2022, pelakon itu dikatakan dikasar Afiq. Beberapa bukti foto memaparkan kecederaannya dikongsikan di laman sosial termasuk pada mata dan leher manakala jari manisnya patah.
Difahamkan, pelakon filem Sangkar itu pernah membuat laporan polis berhubung dirinya dipukul namun menarik balik kerana berasa kasihan dengan Afiq.
Pachara dan Afiq melangsungkan perkahwinan pada tahun 26 Mac 2019 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.