‘Mereka nak baju raya hitam.’ Ibu 4 anak maut kebakaran hiba tak sempat beli, baju tadika ubat rindu

Iklan
sinarplus (5)

‘MEREKA nak baju raya warna hitam.’- Demikian tutur ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor.

Hati ibu itu, Nabila Sedu, 31, sarat dengan kesedihan dan rindu. Dia yang turut ditemani suami yang merupakan warga Myanmar, Thein Ko Htut, 30, kelihatan sebak dan kerap mencium baju tadika dipercayai milik anaknya dan mengesat air mata ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Iklan
Iklan

Baca juga: Luluh hati-4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Iklan

 

Wanita itu membuka cerita ada hajat yang tidak sempat ditunaikan. Empat beradik, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, berhasrat memakai baju raya berwarna hitam untuk Aidilfitri tahun ini.

Iklan

Usaha pemberita untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila dan Thein tidak berhasil, selepas mereka dilihat tergesa-gesa meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik.

Mereka menetap di rumah sewa jenis separuh kekal berkeluasan 16 meter x 12 meter itu bersama empat anak sejak empat tahun lepas.

Baca juga: Tragedi hitam 2 beradik maut kebakaran, ibu kongsi kronologi sebenar, rupanya banyak statement bercanggah

 

Ketua Polls Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata empat kanak-kanak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan.

Nabila semasa kejadian baru 10 minit keluar dari rumah dan mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran manakala Thein pula sedang bekerja di sebuah restoran di Muar.

Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM).

Mayat kesemua kanak-kanak itu kini berada di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Al-Fatihah buat mangsa dan salam takziah buat keluarga.

Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat...

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi