'From head to toe' dengan kate spade pada lebaran ini. Ambil inspirasi seperti Sweet Qismina & Sharifah Rose

Iklan
kate spade

'From head to toe' dengan kate spade pada lebaran ini. Ambil inspirasi seperti Sweet Qismina & Sharifah Rose

SYAWAL hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi. Selepas penat 'bertarung' di dapur menyediakan juadah, tentu sekali para wanita ingin tampil mempesona tidak kira pada pagi lebaran, mahupun sepanjang musim perayaan.

Iklan
Iklan

Pada kesempatan ini, SinarPlus memilih beberapa jenama daripada busana, sepatu, tudung dan beg untuk disuai padankan. Ingat, jangan keterlaluan ketika bergaya! Bersederhana lebih baik.

TIDAK salah berbelanja lebih pada Aidilfitri ini dengan memakai sut persalinan dan aksesori daripada kate spade New York.

Iklan

Mungkin bukan pada pagi raya, anda boleh memakainya tatkala menghadiri rumah terbuka.

Sempena kempen Spring 2023 kali ini, jenama itu telah memilih tujuh wanita Malaysia penuh inspirasi.

Iklan

Mereka terdiri daripada pelakon, Sweet Qismina dan Sharifah Rose; atlet renang terkemuka, Dhabitah Sabri; artis visual, Sharina Shahrin; model, Sonya Danita Charles dan Bay Doucer termasuk juruterbang, Vivian Foo.

SinarPlus tertarik dengan kesopanan busana yang menjadi seleksi Sharifah Rose.

Kecomelan Sweet Qismina juga menambat perhatian apabila beliau mengenakan kardigan, skirt midi cutwork bersulam bunga dan tote kecil sam dragonfly.

Melalui penampilan dua selebriti itu, barangkali memberi ilham kepada anda semua menyerlahkan keperibadian semasa musim perayaan.

Berikut adalah fesyen-fesyen lain selebriti yang menjadi pilihan kate spade:

BACA JUGA: Hai fashionista, jom lepak santai, lihat koleksi terkini Kate Spade di Kate Spade Cabana

BACA JUGA: Sellection realisasikan impian orang ramai miliki beg berjenama. Usaha pengasasnya, Nor Rafidah sangat dikagumi