Sellection realisasikan impian orang ramai miliki beg berjenama. Usaha pengasasnya, Nor Rafidah sangat dikagumi

TANPA angan-angan mimpi takkan jadi kenyataan.

Bermula sebagai personal shopper (PS), akhirnya Nor Rafidah Khairuddin melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka butik fizikal. Malah, jenamanya, Sellection kini semakin dikenali ramai.

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Operasi, Sellection itu tatkala ditanya kenapa memilih bidang berkenaan sebagai kerjaya utama, ini jawapan empunya diri.

“Asalnya saya beli beg berjenama untuk beri ganjaran kepada diri sendiri. Ketika itu, saya tinggal di Montreal, Kanada sekitar tahun 2014.

“Daripada situ, timbul idea untuk menjual beg tangan branded yang mampu milik, original dari Amerika Syarikat khususnya kepada pelanggan di Malaysia,” kongsinya yang menjadikan pengasas syarikat e-dagang terkemuka dunia, Amazon, Jeff Bezos dan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai idola.

Baca ni ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

TEBALKAN MUKA

Berkongsi momen berniaga muffin pisang di kafe-kafe di Downtown Montreal ketika menetap di sana, wanita itu masih teringat bagaimana gigihnya beliau membawa pisang seberat 20 kilogram menaiki bas.

“Waktu itu, saya tiada kenderaan dan terpaksa menyorong pisang dalam troli. Walaupun salji tebal, cuaca sejuk -15 darjah selsius saya terpaksa redah. Pagi kerja, petang hantar dan malam bakar muffin.

“Saya tebalkan muka jalan kaki dari satu kafe ke kafe yang lain untuk memberi sampel. Ada yang kurang senang, lebih-lebih lagi saya bertudung. Tidak kurang yang memberi respons positif.

“Duit hasil menjual muffin itulah saya gunakan untuk membeli beg tangan pertama saya,” ujarnya yang berpindah ke luar negara selepas berkahwin dan memulakan bisnes dengan niat membantu suami menambah pendapatan.

SEMUA MAMPU MILIK

Mengakui  perjalanan tidak semudah yang dilihat daripada mata kasar, Nor Rafidah cukup berterima kasih kepada staf dan para pelanggan setianya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi sehingga sekarang.

“Kalau dahulu, orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu sahaja. Pun demikian, saya mahu buktikan tanggapan tersebut salah. Sebaliknya semua golongan termasuk wanita berkerjaya, sektor kerajaan, termasuklah suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana juga berpeluang bergaya dan memiliki beg berjenama ini.

“Bagi yang kurang berkemampuan, kami sediakan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali mengikut kemampuan pelanggan. Caranya cukup mudah, anda hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Bukan itu sahaja, setiap kali kami buat live di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, kami turut berkongsi tip fesyen dan pengayaan bagi memudahkan pelanggan,” ungkap beliau yang berbangga kerana jenamanya sudah memiliki aplikasi mobile sendiri.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu menambah, dengan adanya aplikasi mobile Sellection, ia menjadi salah satu alternatif kepada pelanggan untuk membeli, selain pembelian dalam online atau walk-in.

Baca ni ‘Pandai bawa diri, ikut protokol. Bekas suami ayah terbaik.’ Ini reaksi Norjuma bila ditanya tentang status diri & anak-anak

Caranya juga cukup mudah iaitu dengan menghubungi Sellection Business Partner yang sah atau #TeamSellection untuk konsultasi.

MODAL ZERO

Menariknya, kata Nor Rafidah, modalnya hanya zero kerana bisnes yang dilakukan itu bermula dengan tempahan awal atau pre order sahaja.

Iklan

Barangkali pada hari ini, usahawan itu sudah tersenyum puas.

Masakan tidak, hasil kesungguhan dan kerja keras, Sellection berpindah ke lokasi butik fizikalnya tiga kali ganda besar daripada yang lama terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, itu semua rezeki daripada YANG MAHA ESA. Berkat kesungguhan dan pernah jatuh bangun sejak 2014, sekarang saya mampu menikmati hasilnya.

“Sejak dahulu lagi, saya memasang impian untuk membantu merealisasikan impian wanita dan lelaki di luar sana yang ingin memiliki barangan berjenama antarabangsa Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil tercapai.

“Kejayaan memiliki butik baharu ini salah satu detik yang cukup indah dalam hidup saya terutama sekali dalam mengembangkan empayar dan legasi bisnes,” ujarnya.

Rangkaian produk jenama Amerika Syarikat dijual di butik ini.

RESIPI KEJAYAAN

Berita baik kepada semua pelanggan, sempena Februari yang merupakan bulan ulang tahun kelahirannya, Nor Rafidah menawarkan diskaun istimewa buat semua.

“Pihak kami menawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah, harga yang kami tawarkan selama ini juga munasabah dan membantu pelanggan berjimat sehingga 30 ke 50 peratus daripada premis lain.

Iklan

“Boleh dikatakan sehingga kini, jualan produk yang diraih setakat ini adalah sebanyak 80 peratus menerusi  dalam talian iaitu di laman website kami, www.sellection.com.

“Pun demikian, kami cuba imbanginya dengan pembukaan butik fizikal. Lagipun ada pelanggan yang suka melihat dan memilih barangan di hadapan mata. Itu kepuasan buat mereka,” ujarnya yang meletakkan sasaran perolehan tahun 2023 sebanyak RM20 juta.

Pasukan kerja Sellection bersama AC Mizal dan Emylia Rosnaida.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Berkongsi resipi kejayaan beliau dalam bidang tersebut, kata Nor Rafidah semuanya bergantung kepada komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan.

“Dua perkara ini menjadi teras dan kunci ‘kekuatan kami,” ungkapnya yang mahu menjadikan Sellection sebagai outlet fesyen berjenama terkemuka dan platform atas talian yang dipercayai.

Baca ni ‘Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.’ Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.