'Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi', titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

Iklan
'Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi', titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

'Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi', titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

PENYANYI, Syada Amzah tampil meluahkan kekecewaan terhadap bapanya, Datuk ND Lala menerusi surat terbuka yang dimuat naik di Instagramnya semalam.

Iklan
Iklan

Menerusi posting itu, Syada atau nama sebenar, Nursyuhada Amir Hamzah, 25, menyatakan dirinya mengambil langkah menulis surat terbuka berikutan kesukaran dihadapi untuk menghubungi bapanya yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara 1980-an itu.

"Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah.

Iklan

"Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

"Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi," coret Syada.

Iklan

Baca juga Shila Amzah (Rambutan) juara The Masked Singer Malaysia musim kedua

Penyanyi yang baru muncul dengan single Hasrat itu berkata dia dan adik-beradik sudah lama menghidu hubungan bapanya, namun dengan segala pendedahan berlaku, ia ibarat sudah terang lagi bersuluh.

"Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas.

"Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya," titipnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut, rakan artis dan warga maya sayu dengan apa yang terjadi dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Syada.

Ujar mereka;

"Inilah ujian ALLAH,memang sedih tapi lama-lama kita akan bolrh terima dan reda. Insya-ALLAH."

"Be strong sebagai salah seorang yang hadap benda yang sama berpuluh-puluh tahun tengok drama mak dan ayah. Sangat-sangat faham benda ni, kena kuat demi mak jaga mak elok-elok... ayah tu biarlah dia dengan dunia dia... ALLAH tu maha adil takpela ada la ALLAH nak bagi dekat akhirat esok."

Baca juga Shila Amzah semakin ligat

"Stay strong Syada. Bulan bulan mulia nak menjelang raya kuat betul ujian."

"Sebaknya, take a good care of your mom @syadaamzahh, she needs her children the most now..take care u too, staystrong."

"This is sad. How you said,"You didn't choose us.” Allahuakhbar! Take care sis & family."

"Trasa ayah khianat kita... bukan khianati mak semata-mata sedih kan. Time will heal...stay strong!"

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.