Segan kongsi perancangan kahwin, Shuib dan Watie nikah Jun depan
PELAWAK, Shuib mendedahkan dia bakal menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, Watie Hanifiah pada Jun depan.
Kongsi penyampai radio berumur 38 tahun kepada mStar, persiapan perkahwinannya dengan ahli perniagaan itu sudah memasuki 30 peratus.
Pun begitu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad akui dirinya berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya itu.
"30 peratus persiapan kahwin dan siap, insya-ALLAH saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.
"Dewan dah tempah, saya sebenarnya rasa malu nak cerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan punsaya rasa malu. Insya-ALLAH majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti," ujarnya.
Ujar Shuib lagi, dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang mahu memberi tajaan buat majlis perkahwinannya nanti.
Baca juga Shuib kini penyampai Suria FM, DJ Lin mahu sokongan padu pendengar
Katanya, dirinya terbuka untuk menerima tajaan yang bakal mendatangkan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak.
Shuib bagaimanapun enggan membuat majlis perkahwinan yang terlalu meriah namun dia juga tidak mahu hari bahagia mereka terlalu ringkas.
Ujarnya lagi, dia lebih memikirkan tentang keluarga, tambahan pula ini merupakan perkahwinan pertama buat bakal isteri.
Sebelum ini, ramai membuat spekulasi Shuib sedang berkawan rapat dengan Watie kerana dilihat berpakaian sedondon ketika menonton sebua konsert pada September lalu.
Februari lalu, Shuib memberitahu dia merancang untuk berkahwin dengan Watie pada pertengahan tahun ini dan akan berkongsi kepada umum selepas perbincangan selesai dilakukan.
Baca juga Kalau OK untuk saya, tapi tidak untuk anak-anak, benda itu takkan jadi – Shuib
Dia bersyukur kerana ibunya, Salamiah Jalani boleh menerima kehadiran Watie dengan baik. Malah, anak bongsunya, Ayash Affan juga selesa dijaga oleh Watie. Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mamanya, pembantu dan Watie.
Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Siti Sarah pada 2011. Hasil perkongsian, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada 19 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Namun, arwah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Tahniah SinarPlus ucapkan!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.