Hamil 10 minggu, catatan isteri Hafidz Roshdi undang air mata, risau tak kuat hadapi tekanan
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian ramai susulan pergolakan rumah tangga didakwa ekoran kehadiran orang ketiga.
Hafidz didakwa telah melafazkan cerai terhadap Shuhada bersaksikan keluarga namun Nurul Shuhada kemudian memfailkan perceraian pada 1 Mac. Baru-baru ini wanita itu berhadapan pengalaman ngeri apabila dicederakan pada bahagian muka hingga terpaksa menerima beberapa jahitan.
"Ibu cuba untuk kuat dan hadap semua tapi sejujurnya ada hari kekuatan itu tidak sampai. Semalam waktu di mahkamah untuk mendapatkan hak, ibu tak mampu tahan air mata. Ia mengalir tak henti waktu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu,” kongsinya.
Baca juga:‘Ini untuk anak-anak.’ Shuhada Shukri bersama peguam tuntut keadilan, warganet titip semangat
Pilu hati, Nurul Shuhada menzahirkan kerisauan akan kandungannya yang masih kecil.
"Halangan terbesar ibu sekarang kandungan masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut beri kesan kepada kandungan. Sekarang ibu berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” kongsinya.
Terkesan dengan kes kematian ibu berpantang yang tular ditemui maut dengan tusukan pisau pada leher, Nurul Shuhada meluahkan rasa bimbang akan keadaan zuriat di dalam kandungan. Apatah lagi kini beliau sedang berhadapan tekanan yang hebat berkaitan rumah tangga.
"Ibu ada terbaca tadi kes mak berpantang tikam leher sendiri sebab tekanan. Ibu betul-betul takut. Ibu tahu diri sendiri, mampukah ibu hadap perjalanan ini.
"Mampu tak ibu kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata dan sama-sama hadapi susah senang.
"Hari ini seharian ibu menangis. Tadi di hospital ibu jatuh pengsan, doktor minta ibu buka puasa sebab ibu tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan. Ibu termenung serabut, air mata tak henti-henti mengalir.
"Apa berlaku ini ibu terima, walaupun payah ditelan. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan perlu hadap segala dugaan yang ada," kongsi ibu muda itu.
Baca juga: ‘Ini untuk anak-anak.’ Shuhada Shukri bersama peguam tuntut keadilan, warganet titip semangat
Biarpun kini sedang menghadapi episod duka, Nurul Shuhada bersyukur atas kehadiran insan-insan yang membantunya.
"Masa mula-mula semua ini, ibu selalu rasa lonely. Ibu terlalu kecewa sampai lupa lihat betapa ALLAH sangat mengasihi ibu. ALLAH berikan Tokwan, Tokmi dan adik-beradik yang selalu sokong ibu serta selalu ada di sepanjang perjalanan ini.
"ALLAH hadirkan insan-insan hebat untuk bantu dan sokong ibu bangkit berniaga serta berdiri atas kaki sendiri.
"ALLAH hadirkan segala orang membantu kes ibu. Daripada team PDRM sehinggalah team legal. Sahabat baik yang sentiasa ada. Ini nikmat dalam sengsara yang ibu terlupa nak pandang dari awal,” luahnya.
Beliau juga bersyukur dan menitipkan doa pada akhir Ramadan ini agar dikurniakan pelangi dalam menempuhi ujian yang dilalui.
Warga maya memberikan sokongan kepada Nurul Shuhada agar terus kuat dan menjaga kesihatan diri.
-"Ya ALLAH semoga terus terus terus kuat walaupun Shu tak kuat. Shu kena kuat juga!”
-"Maknanya waktu Shu kena pukul tu, Shu tengah preggy la kan? ALLAHU semoga kuat dan tabah ibu.”
-"Anak dalam kandungan itu tak berdosa ibu, ibu kena kuat pertahankan baby tu.. ibu tak payah berpuasa kerana ibu tak kuat lagi tu. Ibu masih fragile. Saya pernah berada di tempat ibu di mana saya rasa tidak kuat semangat untuk pertahankan kandungan. Saya sentiasa negatif, saya sering terbawa-bawa perasaan negatif. Lepas saya lahirkan, anak saya mudah menangis dan akhirnya sawan tangis. aSya harap ibu kuat dan sentiasa fikir positif, kami sentiasa di belakang ibu.”
-"Ya ALLAH berikanlah kekuatan, lancarkan segala urusan, berikan keadilan, ketenangan dan kebahagiaan buat wanita ini. Moga ALLAH angkat doa yang baik-baik pada 10 malam terakhir ini.”
-"Allahuakhbar, jarang saya nak komen tapi coretan kali ini menyentuh jiwa saya sebagai seorang ibu dan isteri. Saya doakan terbaik buat awak dan anak, terus kuat untuk diri sendiri dan mereka, ramai menyokong dari belakang.”
KESAN EMOSI IBU KEPADA BAYI
[caption id="attachment_93492" width="800"] Kredit foto: Michaela Markovičová[/caption]
1-Hubung kait antara tekanan dan kehamilan masih tidak dapat difahami dengan jelas. Tetapi sesetengah tekanan melibatkan hormon memainkan peranan ke atas komplikasi ketika mengandung.
2-Tekanan yang kronik atau berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun yang melindungi diri daripada jangkitan.
3-Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada uterus dan ia boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
4-Antara masalah lain yang boleh dialami ialah masalah tidak cukup tidur yang mana ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan seperti kesukaran untuk tidur, sakit badan dan mabuk pagi yang dirasakan lebih teruk apabila tertekan.
[caption id="attachment_93497" width="800"] Kredit foto: Thirdman[/caption]
Baca juga: "Saya perlu kuat” - Shuhada tidak mahu ditindas lagi
5-Emosi ibu mengandung yang terjejas berkemungkinan menyebabkan mereka mengalami masalah berkaitan selera makan. Ia sama ada kurang atau terlebih makan.
6-Kesannya anda akan mengalami masalah kurang berat badan atau terlebih. Risiko untuk penyakit diabetes gestasi dan kelahiran pramatang adalah tinggi.
7-Stres berlebihan ketika tempoh kehamilan cenderung menyebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi.
9-Bukan itu sahaja kesan kepada si manja, bayi dalam kandungan juga boleh berdepan gangguan tumbesaran serta menjejaskan tempoh kehamilan anda.
10-Tekanan kronik secara tidak langsung mendedahkan bayi dengan risiko perkembangan fizikal dan mental termasuk tingkahlaku ketika melangkah ke alam kanak-kanak.
Baca juga: Luah masih sayang isteri, Hafidz ingin berbaik semula, harap ruang pendamaian terbuka
Sumber: @shushukrii, Hello Doktor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.