Luah masih sayang isteri, Hafidz ingin berbaik semula, harap ruang pendamaian terbuka

A
A
A

PELAKON Hafidz Roshdi meluahkan masih sayangkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Mereka yang berpisah pada pada 22 Februari lalu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga menjadi perhatian warganet.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.

Situasi bertambah tegang apabila beliau menumbuk hingga mencederakan Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.

Baca juga: Depresi & bipolar, Hafidz Roshdi ke Hospital Bahagia, tak mengaku salah cedera isteri. 10 info berkaitan

Bagaimanapun pelakon itu yang hadir ke mahkamah bersama bapa mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.

Tidak hanya itu, surat terbukanya menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jamjuga menjadi perhatian ramai.

Dalam temu ramah bersama wartawan, Hafiz meluahkan masih sayangkan bekas isterinya itu.

"Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.

"Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada," katanya.

Baca juga: “Saya perlu kuat” – Shuhada tidak mahu ditindas lagi

Pelakon filem Pusaka itu menyifatkan kes yang dihadapinya itu sebagai episod gelap dalam hidup.

"Apapun, saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan sewajarnya," ujarnya.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut meluahkan kerinduan kepada kepada dua anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2, kerana tidak berjumpa kedua-duanya sejak dua minggu lalu.

"Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua. Tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian," katanya sebak.

Baca juga: 'Jangan biar diri ditindas, percaya boleh pergi jauh' - Warganet support Shuhada Shukri, suruh buat bisnes

Mahkamah memerintahkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Shuhada menerusi Insta Story berkongsi sekeping foto beliau dan anak sulung mereka, Humairah bersama ayat yang ringkas dan penuh makna.

“Teruskan melangkah, terus ke hadapan,” titipnya.

Baca juga: urang ni bukan paksaan, tetapi pilihan pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

Sumber: Sinar Harian, Instagram @shusukrii

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca