NAMA Shuhada Shukri menjadi tular di laman sosial akhir-akhir ini. Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu perhatian ramai selepas rumah tangga mereka berantakan didakwa ekoran kehadiran orang ketiga.

Semalam pelakon itu diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan di Hospital Bahagia dan dilarang mengganggu Shuhada serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali hingga luka, lebam dan bengkak.

Baca juga: Luah masih sayang isteri, Hafidz ingin berbaik semula, harap ruang pendamaian terbuka

Shuhada dalam perkembangan terbaru memuat naik gambar bersama Peguamcara dan Peguambela dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co, Nor Zabetha Muhammad Nor menerusi laman sosial Instagram.

“Allahuakbar, ALLAH yang Maha Besar, ALLAH yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku, ALLAH yang Maha Melihat setiap yang terjadi.

“Semoga ENGKAU permudahkan urusan kami menegakkan keadilan di dunia kerana aku tahu Ya ALLAH , di akhirat kelak, sejauh mana berlari, tetap yang salah akan mendapat balasan yang setimpal.

“This is my journey, this is for my kids. ALLAH hadirkan seorang peguam hebat @zabethanor yang akan bantu kita sayang, Humairah and Umar. Insya-ALLAH #ALLAHujiALLAHsayang,” titip Shuhada.

Baca juga: “Saya perlu kuat” – Shuhada tidak mahu ditindas lagi

Baca juga: Depresi, bipolar, Hafidz Roshdi ke Hospital Bahagia, tak mengaku salah cedera isteri. 10 info berkaitan

Nor Zabetha menerusi Facebook berkongsi momen pertemuan kedua-dua mereka.

“Bersama anak guam saya, Puan Shuhada Sukri. Waktu dia jumpa saya tadi dia salam, dia peluk erat. Suasana jadi sepi seketika. Pelukan yang erat dan kuat.

“Dia kuat dan terus ingin kuat untuk anak-anak. Katanya dia akan terus usaha. Saya nampak dan rasa semangat juangnya,” kongsi Nor Zabetha.

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor.

Warganet memberikan kata-kata semangat buat Shuhada agar terus kuat berjuang demi haknya dan anak-anak.

Iklan

– “You go girl Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan Shu dan anak-anak. Fight for ur rights!”

– “Semoga keadilan berpihak pada awak dan anak-anak.”

– “Jalan terus, jangan tarik kes Shu. May ALLAH ease everything.”

– “Peguam tersohor tu Shu. Masya-ALLAH Tabarakallah semoga ALLAH SWT lindungi Shu dan anak-anak, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Aamiin.”

– “Fighting, dear. Don’t look back.”

Iklan

Baca juga: ‘Jangan biar diri ditindas, percaya boleh pergi jauh.’ Warganet support Shuhada Shukri, suruh buat bisnes

Sumber: Instagram @shushukriii

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi