Elak melayan & mudah simpati suami orang! Ini pesanan padu wanita buat wanita

Iklan
wanita

Elak melayan & mudah simpati suami orang! Ini pesanan padu wanita buat wanita

AKHIR-AKHIR ini terlalu banyak kes yang membabitkan orang ketiga yang merebut pasangan suami atau isteri orang lain.

Iklan
Iklan

Sedangkan hukum merosakkan rumah tangga orang adalah berdosa. Ya, menggugat keharmonian dan kebahagian orang lain semata -mata untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.

Yang paling menyakitkan hati lagi apabila ia dilakukan oleh kenalan terdekat atau mereka yang sudah kenal latar belakang keluarga. Sedih kan?

Iklan

Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook Marlia Ramli, dia menasihati wanita single agar tidak mengacau pasangan orang.

Wanita itu berpesan, jadilah orang yang sombong terutamanya apabila ada lelaki 'gatal' dan tak perlulah melayan semua itu.

Iklan

"JANGAN KACAU. Akak ada ramai kawan lelaki. Wanita bekerjaya bila jawatan tinggi dalam MNC, lingkungan kawan mostly lelaki. Malah bila leader dalam bisnes memang kebanyakan kawan adalah lelaki. Ini tak dapat lari.

"Pernah ada kawan lelaki gurau 'ku tunggu jandamu'. Akak direct sound"Kau kalau nak berkawan dengan aku elak miang keladi. Aku sesah dengan penumbuk, seminggu makan nasi bubur". Terus senyap member tu!

"Lepas tu mudah. Nak berurusan kerja senang. Mereka tak berani melebih lagi.

"Jadi wanita bila jantan mula miang hang jangan gelak mengekek sama. Itu mengundang namanya, pesannya.

Lelaki kaya? Modalnya duit. Sebab itu wanita kena kaya. Supaya kita tak laparkan duit jantan keladi.

Lelaki miskin? Modalnya mulut manis. Cerita bab burukkan isteri dia nombor wahid. Seolah-olah dialah suami terpaling malang di dunia.

Lelaki berwajah suci? Modalnya hadis dan ayat al-Quran. Dialah terpaling ikut sunnah. Dialah terpaling beragama.

Baca juga Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

[caption id="attachment_98531" width="800"] Kredit foto: Keira Burton[/caption]

Persamaan semua mereka ini?

Depan bini pijak semut serupa pondan. Cakap dengan kita tak berani pandang mata. Belakang bini miang kemain lagi.

Ujarnya, kalau keduanya terjerumus cinta terlarang, buruk padahnya. Elak melayan dan bersimpati kepada golongan lelaki.

"Kalau suami orang cerita masalah, muka kita mesti serius dan ketat. Jangan mudah kesian. Bila suami ni buat kelakar miang? Jangan berbalas miang mengekek gelak. Dengar gitu-gitu ja.

"Kalau dia selalu WhatApps perkara tak de kaitan kerja? Buat WhatApps grup add dia dan bini dia sekali. Apa-apa hal communicate dalam tu.

"Elak melayan. Tak payah simpati bagai. Elak mudah terpesona dengan ayat Quran dan muka suci. Penunggang agama bersepah wei!

Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

[caption id="attachment_98530" width="800"] Kredit foto: Liza Summer[/caption]

"Bila berbual elak panggil suami orang abang, awak atau panggilan manja bagai. Panggil Tuan, Encik atau panggilan formal lain. Aishh! Tak kan benda simple gini nak kena ajar juga?

"Jadi wanita, jangan lembut sangat. Jangan mengada sangat. Be yourself yang tegas. Firm dengan prinsip hidup. Cakap straight to the point. Tak payah meleret menceceh-ceceh.

Mengeluh, mengadu seolah kau lemah sangat!

Baca juga Pernah curang dengan suami, tapi tetap tuntut mutaah selepas cerai

"Kalau dengan kita jantan tu menggatal, apa kau ingat dengan perempuan lain dia akan menundukkan pandangan? Biar janda. Biar orang panggil anak dara tua. Biar single. Biar orang cakap kerek dan sombong.

"JANGAN KACAU masjid, tokong dan kuil sesiapa. Wanita mahal bukan sebab dia cantik. Tapi sebab dia bijak dan berprinsip!" tegasnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Marlia Ramli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.