MEMPERTARUHKAN resipi istimewa keluarga, Daging Hitam Cek Ti yang digandingkan dengan nasi minyak menjadikan bufet Ramadan Citarasa Desa Laman Qasrina sentiasa dinanti-nantikan.
Menurut pengurusnya, Siti Rahmah Ab Rahman, daging masak hitam yang diwarisi daripada keluarganya itu dimasak dengan penuh kesabaran selama lebih tiga jam bagi memastikan daging benar-benar empuk.
"Ramuan rempah juga kami buat sendiri, sebab itu rasanya berbeza. Ramai yang suka tempah lauk ini untuk kenduri kahwin atau majlis keramaian,” katanya.
Selain itu, Stesen Selera Kenduri dan Stesen Selera Desa yang disediakan cef di Laman Qasrina juga boleh membuatkan kita kecur air liur.
Selain gulai nanas ikan masin, terdapat lauk pari asam pedas, ayam lemak cili padi, aneka sayur, ulam dan sambal belacan.
Baca juga Nasi Ayam Golek Istana resipi turun-temurun keluarga Cef Ismail jadi taruhan sepanjang Ramadan
Jika tempahan melebihi 100 orang, menu tambahan seperti kambing bakar dan acara istimewa seperti cabutan bertuah serta duit raya kepada kanak-kanak akan dilakukan.
Citarasa Desa Laman Qasrina
Alamat: B16, Jalan Zuhal 178/U5, Star Avenue Conmercial Centre, Shah Alam, Selangor
Tarikh: Bermula 24 Mac 2023
Menu signatur: Daging Hitam Cek Ti, sate ayam, ayam masak merah dan ayam masak bali
Harga: RM45 (dewasa), RM35 (warga emas) dan RM30 (kanak-kanak)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.