Daftar Darjah 1 anak lahir 2018 & 2019 mulai 2 Mei, 15 info ibu ayah perlu tahu

Iklan
sinarplus (23)

Daftar Darjah 1 anak lahir 2018 dan 2019 mulai 2 Mei, 15 info ibu ayah perlu tahu

KEMASUKAN awal kanak-kanak di bawah umur ke Tahun Satu pada setiap tahun persekolahan adalah berdasarkan permohonan daripada ibu bapa.

Iklan
Iklan

Pendaftaran kemasukan untuk kemasukan bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 akan dibuka pada 2 Mei 2023.

Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet

Iklan

Bagi yang memiliki anak dilahirkan pada tahun 2018 dan 2019, ibu ayah jangan terlepas ya! Berikut info berkaitan cara mendaftar masuk, langkah dan maklumat yang diperlukan:

Iklan

1-Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.

2-Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

4-Mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun Satu adalah di Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my Pendaftaran Tahun Satu kalendar akademik sesi 2024/2025 adalah melalui pautan berkenaan.

Baca juga: Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

5-Bagi anda yang sudah mendaftar di https://public.moe.gov.my, anda tidak perlu mengisi semula kerana data mereka akan dipindahkan ke https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu mengemas kini maklumat anak mereka di pautan yang baharu mulai 2 Mei hingga 30 Jun dan klik butang kemas kini.

6-Selepas membuat kemas kini, ibu bapa dan penjaga perlu menghantar borang perakuan sekolah di sekolah yang dimohon sebelum ini. Mereka tidak perlu lagi membuat penghantaran baru.

[caption id="attachment_94505" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

7-Sekiranya ibu bapa atau penjaga membuat kemas kini dan memilih sekolah baharu, borang perakuan perlu dihantar ke sekolah yang baharu. Antara maklumat yang diperlukan ialah

8-Anda boleh menyemak keputusan permohonan penempatan Tahun Satu kalendar akademik sesi 2024/2025 di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2023.

9-Pemakluman keputusan permohonan akan dipaparkan di laman utama IdMe.

10-Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ibu bapa atau penjaga boleh berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.

Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal

Langkah pendaftaran

i-Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh ibu bapa atau penjaga kepada anak jagaan.

ii-Ibu bapa / Penjaga klik pautan https://idme.moe.gov.my. 3 Pilih modul pengurusan awam.

iii-Isi atau kemas kini Pengurusan Profit yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan

iv-Klik Tambah anak/ jagaan dan kemas kini (jika belum wujud)

v-Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan.

vi-Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024.

 

Semoga bermanfaat!

Sumber: KPM 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi