‘MACAM tadika di Malaysia,” kongsi seorang bapa Malaysia yang berada di Amerika Syarikat (AS).

Beberapa tahun kebelakangan ini isu berkaitan silibus mata pelajaran yang digunakan dalam sistem pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini diperkatakan ramai kerana terlalu tinggi bagi usia kanak-kanak.

Tidak kurang guru-guru dan ibu bapa melontarkan pendapat tentang perihal itu termasuk Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Seorang bapa berasal dari Malaysia yang kini menetap di Delaware, AS berkongsi sukatan mata pelajaran kanak-kanak di sana.

Baca juga: ‘Soalan membunuh ; minat.- Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazahnya!

Baca juga: Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?

Saif Suhairi berkongsi bahawa silibus Gred Satu di AS sama seperti peringkat tadika di  Malaysia.

Baca juga: ‘Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat’- Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah

Kredit foto: Bernama

“Gred Satu umur enam hingga tujuh tahun ( di sini sekolah mengikut tarikh lahir dan tahun akademik akan bermula pada September hingga Jun.

“Saya tunjukkan perbezaan ini untuk orang kita menilai mana baik dan mana yang buruk,” jelas Saif.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, Saif turut berkongsi langkah yang dilakukan pihak sekolah di sana untuk mengatasi masalah murid sekolah. Berikut perkongsian beliau:

1.Silibus
Gambar kiri silibus negara kita yang saya pinjam dari Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh. Darjah Satu sudah perlu hafal sifir enam. Anak saya bersekolah Gred Pertama di AS baru membuat aktiviti menulis nombor mengikut titik (trace number) seperti budak empat tahun tadika . Bagus atau tidak ? Macam slow sangat pula kan?

Yang ini saya atas pagar, ‘agak-agaklah’ Gred Pertama menulis nombor dan huruf sahaja. Gred Ketiga hujung tahun baru masuk bab darab.

Perlahan tetapi sekolah di sini mula sekolah rendah dan menengah tiba tiba akan pecut.

Mungkin sini mereka bagi murid sekolah rendah dan menengah (middle school dan high school) banyak bermain dan timbulkan perasaan suka sekolah duhulu.

Tetapi kalau ada murid yang terkedepan atau ‘advanced’, mereka ada program untuk tahap kanak-kanak seperti itu . Ada mekanisma dia untuk kendalikan murid daripada tahap-tahap penguasaan yang berlainan.

2.Beg sekolah berat

Tiada buku untuk di bawa balik ke rumah, semuanya ditinggalkan di dalam meja. Mereka hanya membawa balik komputer riba Dell (seorang murid akan mendapat sebuah) , fail kerja rumah atau kerja sekolah hari tersebut.

Biasanya kerja kelas buat di atas kertas sahaja seperti di dalam gambar ini (di bawah). Kebanyakannya di sekolah kecuali ada sesetengah yang diminta guru untuk bawa balik untuk tunjuk tahap penguasaan atau kemajuan kepada ibu bapa.

Baca juga: Beg berat, lokar murid Tahun 1 dan 2 dipasang di sekolah mulai akhir bulan ini, ramai ibu tarik nafas lega

3.Bilangan murid

Kebiasaannya di dalam sebuah kelas ada 20 orang murid, paling ramai 25 orang dan setiap kelas mesti ada seorang guru dan pembantu mengajar.

Iklan

Cikgu fokus mengajar dan ada yang membantu supaya murid faham, berikan kertas, minta murid menjaga tingkah laku dan sebagainya. Cikgu boleh bertenang sedikit dan dapat fokus kepada perkembangan murid-murid.

Kata Saif, sebagai orang Malaysia walaupun duduk di luar negara sudah tiba masanya sistem pendidikan negara diubah.

“Saya rasa sudah sampai masanya Malaysia memilih satu cara paling berkesan dan tetap mengikuti sistem tersebut walaupun wujud perubahan.

“Ini setiap kali tukar kerajaan, Perdana Menteri atau menteri , polisi pendidik ditukar. Tidak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita.

“Yang penting orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah (disalahkan),” ujarnya.

Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera

Kredit foto: Bernama Radio

Golongan ibu menyokong perkongsian lelaki itu dan berharap akan ada perubahan yang positif, sesuai dengan perkembangan awal kanak-kanak. Ujar mereka:

-“Tahun Satu patut silibus untuk terap nilai suka datang ke sekolah dan berkawan, bukannya dibeban dengan pelajaran.”

Iklan

-“Saya ada Diploma Pendidikan tetapi rasa tidak mampu untuk mengajar anak Darjah Dua mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.”

-“Silibus sekarang buat ibu bapa mengajar macam berperang dan terpekik terlolong. Di rumah sebab anak lambat tangkap apa di ajar. Lihat kita semasa kecil dulu Darjah Satu ibu ayah ajar dengan harmoni sebab belajar mengenal nombor huruf objek dan lain-lain.”

-“Sedih apabila anak-anak seawal Tahun Satu, Dua dan Tiga sudah mula tak suka ke sekolah. Risau dan takut nak ke sekolah sebab kurang faham dan rasa ketinggalan. Sepatutnya awal persekolahan, anak-anak gembira ke sekolah. Dapat belajar, bermain dan merasai zaman kanak-kanak dengan ceria dan gembira.”

-“Alhamdulillah, anak masih on track dalam pembelajaran. Terima kasih juga pada guru-guru yang hebat dan tak putus asa mengajar. Silibus memang agak tinggi. Ada ketika kesian sebab telebih marah jugak ketika belajar dirumah. Tetapi sebab terpaksa. Kadang-kala terfikir, bagaimana dengan anak-anak yang belum boleh membaca dan mengira serta ibu bapa mereka tidak mampu mengajar mereka di rumah. Sedih.”

Sumber: Facebook Saif Suhairi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.