Ayu Raudhah selamat bersalin anak keenam, Zaquan Adha ucap terima kasih
AKTRES Ayu Raudhah selamat bersalinkan anak keenaam. Berita gembira itu disampaikan suaminya, pemain bola sepak Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak menerusi Insta Story.
Baca juga: Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata keenam
Beberapa jam sebelum itu, beliau berkongsi beberapa gambar hospital dan bilik bersalin.
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.
Baca juga: Menyepi dalam bidang seni, Ayu Raudhah kini beralih arah
Hasil perkahwinan selama 12 tahun itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,10, Muhammad Aisy Arya, 9, Laura Zuleykha, 6, Muhammad Aisy Al-Khaliq, 4, dan Muhammad Aisy Al- Jibreel, 2 bulan.
Tahniah buat Ayu dan Zaquan atas kelahiran anak keenam daripada kami di SinarPlus.
PENYUSUAN SUSU IBU
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Antara manfaat susu ibu:
Untuk bayi:
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu:
- Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Sumber: zaqone_08, MyHealth KKM