Pilih nama Muhammad Aisy Al Jibreel, Ayu Raudhah, Zaquan Adha dedah wajah anak kelima. Masa lahir hanya 1.94kg!

A
A
A

PELAKON Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha berkongsi wajah cahaya mata kelima mereka selepas genap seminggu dilahirkan.

“Alhamdulillah syukur ALLAH kurniakan lagi rezeki zuriat keturunan untuk yang sempurna untuk ku.

“Semoga akhlak dan adabnya juga sesempurna ciptanya, menjadi anak yang soleh,penyejuk hati mummy dan daddy.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dgn kata2 yang baik, semoga segalanya kembali kepada anda,” kongsi Ayu.

Baca juga Sambut Ulang Tahun Ke-36, Ayu Raudhah Hamil Anak Kelima

Selain itu, adik kepada aktres Rozita Che Wan itu turut berkongsi berat badan anak kelima semasa dilahirkan dan berseloroh kapasiti kenderaan keluarga pun sudah penuh.

“Muhammad Aisy Al Jibreel. 1.94kg slim je kelahiran Jibreel memeriahkan keluarga kami.

“Kalau nak pergi bejalan mana tak ada siapa boleh tumpang dah.. penuh kereta lapan orang @zaqone_08,” ,” tulis Ayu di Instagram.

Sementara itu, Zaquan yang merupakan pemain bola sepak turut berkongsi video pendek bayi lelaki mereka.

“Alhamdulillah hari ini genap 7 hari… semoga menjadi anak yang soleh Muhammad Aisy Al Jibreel Mohamad Zaquan Adha,” katanya.

Hantaran video pasangan tersebut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan warganet. Ada juga memuji kecomelan Muhammad Aisy Al Jibreel yang disifatkan mirip seperti bapanya.

Direkodkan, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Baca juga Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Kelima

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca